Hanya Yang Maha Mengetahui

Assalamualaikum..

Walaupun story ni dh agak lama tapi baru berkesempatan nak update. Sesuatu telah terjadi pada tanggal 10 September 2012. Bermula pada 7 hb (hari Jumaat) saya mengalami rasa kurang sihat. Terus ke klinik panel berdekatan opis. Dr yg memeriksa kesihatan sy mengesahkan sy demam. Sambil-sambil tu terasa nak scan baby skali lah sbb so far ni kandungan baru mencecah 10m 3d, belum pernah scan pun. 

Setelah diperiksa, jantung saya terasa berhenti seketika tatkala Dr mengatakan saiz janin masih belum kelihatan, tak sesuai dgn usia kandungan. Selesai melakukan proses Ultrasound, saya kembali ke sisi meja Dr. Dr menjelaskan situasi tersebut dan juga possibility yg bakal terjadi. Saya diberitahu bakal ada dua kemungkinan disebalik kejadian ini. 

First, mungkin usia kandungan saya lebih kecil berbanding yg sepatutnya, dimana tarikh due date akan dipanjangkan sesuai mengikut pembesaran bayi. Dalam erti kata lain, instead of 10w 3d, mungkin kandungan saya baru 7-8w, which make me feel lega bila dgr yg ni. 

Unfortunately, there is 2nd possibility, which my pregnancy might fail. Dalam erti kata lain, production tak menjadi. Dalam masa seminggu akan berlaku pendarahan. Serious, tak tertahan air mata saya menitik tatkala mendengar 2nd possibility ni. 

Lepas berbincang dgn en suami, saya berasa lebih tenang dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Seperti yg diberitahu Dr tempoh hari tentang Kemungkinan no 2. Isnin malam, 10hb saya telah mengalami minar bleeding or actually dot bleeding je. sbb mmg 1 dot je yg bleed. Without any prejudice, I went to clinic straight away and Dr mengesahkan saya miscariage dan dinasihatkan utk buat d&c dek kerana darah yg keluar x habis. 

Keesokan harinya saya ke Hospital Selayang. Ingatkan senang je prosesnya. Tapi sebenarnya susah  jugak. Disini timbul kemusykilan kenapa lah ada insan yg sanggup menggugurkan kandungan dengan sengaja kan. Tak sedih ke mereka? Menggugurkan janin dari rahimnya sendiri. Memang tak dapat digambarkan perasaan saya waktu itu. Sebak! Sesungguhnya saya telah mula menyayangi janin itu walaupun masa tu baru 10 minggu. Tapi sekali lagi, saya redha kerana saya tahu hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala yg diberikan kepada hambaNya.