Tetamu Tak Diundang

Nak share kat sini pengalaman seorg rakan maya saya yg juga pelanggan tetap Aura Puteri. Dalam status FB beliau pagi ni, beliau menyatakan situasi cemas apabila sewaktu beliau sibuk mengemas bilik belakang beliau menemui makhluk ini. Syukrlah waktu tu hanya beliau dan suami shj yg berada di tempat kejadian.

Monday Blues

Hari ni saya sangatla Monday Blues sbb sy tak sihat. Bermula dgn selsema, suara dh agk rock, disusuli dgn batuk kering dan ditambah perisa seram sejuk 1 badan. Kesimpulannya, harini mcm tak de function je saya ke opis. Lunch hour having 'ayam penyet best' with my hubby on his treat, and went to Klinik Keluarga Dr Dahlia. Risau jugak bila rasa tak sihat macamni, bukan apa kat opis ade 1 fenomena skrg nie........fenomena berjangkit Ibu Mengandung..........hampir 10 ibu yg teah disahkan hamil..huhu (untuk saya, harap2x belum terkena fenomena itulah buat masa ni....hehe)

Macamana tak sihat pun malam ni saya selamat menyiapkan order customer utk dipos esok. Takut customer tertunggu-tunggu pulak kan.. So, walaupun saya +ve mendapat 2 hari mc dari Doc Rahayu dari Klinik Keluarga Dr Dahlia tadi saya tetap kena keluar bekerja untuk ke Kaunter pos laju bagi melaksanakan tanggungjawab kpd pelanggan2x tersayang.

So utk malamni, cukup dulu lah mencorat coret disini. Rasanya ubat-ubat sedang bekerja dalam badan saya sekarang ni sbb mata saya telah menunjukkan 'sign' dan aura bantal peluk saya kt bilik pun dah memanggil-manggil mintak didakap. Ngehehe k gud nitez....

10 months already mehh??

Alhamdulillah.. Hari ni (11/03/12) genap lah 10 bulan usia anak kecil ku, Nur Amna Qistina. Perkembangan masa naik 9 bulan haritu nana tumbuh 2 btg gigi bawah. Untuk perkembangan naik 10 bulan ni nana dah semakin pandai mendengar arahan klu bg arahan yg simple2x mcm 'nana syg ummi kt pipi ~ terus je dia kiss kt pipi' yang lagi best stlye joget nana pun dah berubah ~dah makin style laa~siap head banging kot..takde sapa ajar punn..adoii la anak ummi yg comell nie~

Yusry & Lisa - Post Wedding



Yess!! It has been weeks since the wedding of Lisa Surihani and Yusri Abd Halim but who cares if i want to share this sweetsssss video kann??!! So let's layan this together sambil senyum sorg2x hehe...

Kursus Le Pulok

Sebenarnya ni post lama sbb kursus dh abes pun start 2,3 & 5 Mac 2012 tapi baru nk update entry sbb sepanjang berkursus tak sempat nk update. Kursus Microsoft Excel 2007 dengar mcm senang je kan tp kenapa smpi 3 hari??? skali bila dh blajar, amek kau bnyk lg sbnrnya function dlm Excel yg kita tak pernah guna dan tak pernah tau. hehe..

kesibukan melanda

Dah lama rasanya saya tak update ini blog kan? Bukan apa, bulan Disember hingga Februari dah jadi kebiasaan sebenarnya adalah bulan yg SANGAT sibuk utk yg bekerja di unit akaun macam aku nie yeke? rasa macam setiap hujung bulan sama je sibuknya.kuikuikui  Sibuk nk closing account la. Baru usik yg ni dah kena check yg itu. Tak dan nak siapkan yg tu, dah kena buat yg ini pulak. Huh!! very annoying!! Tapi bak kata incik suami ~tak baik merungut~ jadi, tak jadi laa saya merungut  Wahhh, gila seronoknya kerja di unit akaun ni!!!! sambil tgn di bahu mata ke atas Tapi bila dah settle sesuatu skop kerja kita tu fuhh alangkah bahagianya... So boleh la merehat-rehatkan otak sket sambil exercise jari-jemari update blog.haha