Penemuan Tergempar - Batu Sijjil Albabil

Assalamualaikum..

Gempar harini di ofis kisah penemuan batu yang dikatakan merupakan batu yang digunakan oleh burung Ababil utk menghancurkan tentera bergajah (pasukan Abrahah) yg menyerang kota Mekah pada suatu ketika dahulu.

Dalam al-Quran - surah Al-Fiil, ayat 4, dinyatakan bahawa burung Ababil melempar batu dari Sijjil kpd tentera bergajah sehingga hancur bagaikan daun-daun yg hancur dimakan ulat. Diceritakan juga, ketika tentera bergajah itu terkena batu ini badan mereka akan melepuh.

Apa yg ingin saya kongsikan disini adalah tentang berita seorang rakyat dari Arab Saudi mengaku memiliki sebuah batu berjenis 'SIJJIL' tersebut. Lelaki yang bernama Shalih Masfar Al-Ghamidi mengaku menemukan batu yang sudah berusia 1442 tahun itu di sebuah kawasan di Arab Saudi.   Persoalannya, benarkah ini batu burung Ababil? WallahuA'lam.. Hanya Allah yg Maha Mengetahui..

Untuk tatapan, saya attachkan foto di bawah ni.. SUMBER