Bismillahitawakkal tu Alallah...

Bismillahirrahmanirrahim.. 


Assalamualaikum kpd pembaca-pembaca entry ni. Kebelakangan ni kita dikejutkan dengan pelbagai berita buruk, bencana alam dan jenayah yg semakin berleluasa. Tu belum lagi masalah sosial remaja yg kebanyakannya melibatkan remaja Islam. Hampir setiap hari kita dengar kejadian yg tak diingini berlaku. Tak perlu lah sy nyatakan kes-kes tersebut krn semua telah maklum tambahan pula sy hanya blogger biasa yg menulis atas dasar minat dan mengisi masa lapang, bukanlah wartawan akhbar mahupun pengulas berita. Cuma apa yg ingin sy coretkan disini hanyalah sedikit luahan hati bg mengurangkan beban di dada..

Walaupun di hati ada sedikit gusar dan sedih dgn berita-berita buruk yg sering memenuhi wall di Facebook, mahupun yg keluar dalam berita terkini, ataupun yg terpampang di dada akhbar namun...... hidup mesti diteruskan selagi belum tiba waktu kita dipanggil oleh Nya.. Sandarkan sepenuh hati dan mohonlah perlindungan dari Nya.. Berdoa dan terus berdoa agar diri kita dan keluarga sentiasa dlm lindunganNya.. Sementara masih bernafas di bumi Allah ini, persiapkanlah diri kita dgn bekalan yg cukup.. Ingatan tulus ikhlas buat diri sendiri juga, masih belajar dan terus belajar, perbaiki diri utk jadi yg lebih baik.... Wallahu'alam......