Trip to KK (hari sebenar) 1st day

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Alhamdulillah, hari yg dinanti dan sekian lama ditunggu, 13 April 2013 akhirnya tiba juga.. Dalam kegembiraan dan rasa teruja tak dpt dinafikan aku rindukn si tenit tu... Kesian sebab kena tinggal dgn nenek, tapi nak wat macamana kn, ada kes yg tak boleh dielakkan dimana aku terpaksa tinggalkan anak utk seketika. Ikutkan, memang aku nak bawa anak sekali, tapi pada mulanya aku dah plan dgn bff time study dulu nak naik gunung, so memang tak boleh nak bawa. Tapi, last minute, dorang tak jadi join. In that time, aku nak start tambahkan anak punyalah payah. Tak lepas-lepas. Airasia punya citalah. Dah banyak kali aku try tambah anak ikut arahan yg telah ditetapkan tapi tak berjaya jugak!  So kami gunakan lah kesempatan ni utk honeymoon berdua. Weeweewee.. Nasib baik la td family ak yg anta so  lme la sket dpt spend time ngn die...eee gerammnye ngn dak kecik tue... ni klu ade die la ni mau riuh 1 LCCT ni dgn suara die je.. huhu.... 

Eh ni mcm dh slh entry je aku ni.. boring kot dok tunggu.. actually kitorg smpi td awal coz x self check in lg... so bertabahlah kami menunggu disini. Pukul 4 pm sampai, pukul 7.45pm baru depart.  Apalagi, online n snap-snap je la koje kami laki bini..hehe

*enjoyed Mc D ice cream*
*syok sendiri snap gmbr sendiri while waiting 4 en hubb went to pray*
*gediks-gediks*
*documentation check*
*ready for departing from LCCT at 7.45pm*
*view from our flight*
*we in flight*

*arriving KKIA, Terminal 2 at 9.45pm*
*mr hubb*

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Airport Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 9.50pm. Selepas proses pendaftaran permit sementara di kaunter, kami terus mengambil bagasi dan menuju ke ruang menunggu untuk berjumpa dgn staff Hotel Yaho yg akan menghantar kami ke hotel. Caj yg dikenakan untuk perkhidmatan shutter dari Airport ke hotel ialah sebanyak RM10/person

Sesampainya kami di hotel, kami disambut mesra oleh staff hotel Yaho. Setelah pendaftaran dan bayaran dibuat, kami naik ke bilik sebelum keluar semula utk makan malam. Sangkaan saya Hotel Yaho terletak di tengah bandaraya KK ternyata silap. So, nak cari makan malam-malam macamni memang susah la kan. Nasib baik ade kedai mamak yg buka 24 jam berdekatan dgn hotel.

Ok, cukuplah story untuk 1st day ni nanti saya up lagi dalam next entry ye. kbai!



Misi: Percutian ke Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah, hampir 90% persediaan untuk percutian ke KK, Sabah telah dibuat. Antaranya, tiket kapal terbang, kereta sewa, hotel, dan info-info serta lokasi tempat-tempat menarik yg boleh dikunjungi di sana. Antara tips utk bercuti yg saya xkan lupakan ialah menyediakan checklist utk setiap keperluan dan agenda yg dirancang sepanjang berada di sana. 

Percutian kami sedikit berbeza kerana berkonsepkan 'free and easy' tanpa terikat dgn mana-mana travel agency so terpulanglah berapa lama nak spend time untuk satu-satu aktiviti tu. Ini adalah kali pertama kami sampai disana, kira gamble jugak la nie. Apa yg kami perlukan hanyalah internet untuk google maps dan google tempat-tempat menarik utk berkunjung ke sana, dan yg paling penting sekali mesti lah duit yg mencukupi. hehehehe... Okeh, sampai jumpa lagi di next entry ye.. Mood bercuti sudah marii....