Percutian ke Kota Kinabalu

Sepatutnya entry ni dah lama aku masukkan dalam blog ni, tp sebab dek kekangan kerja n waktu yg x mengizinkan baru sekarang aku sempat nak coretkan kt sini, sebelum ni dok berlegar di pale je.. Perasaan yg sepatutnya girang, excited, n gembira sewaktu menulis entry ini telah bertukar dgn apa yg telah terjadi beberapa hari lepas. Sungguh, mood bercuti dan persaan exciting aku hilang entah kemana. Rujuk SINI utk entry penuh.

Walaubagaimanapun, aku tetap perlu teruskan percutian yg aku telah rancang hampir 3 bulan ini oleh kerana tiket flight dan kereta sewa telah pun ditempah awal. Cuma, hotel dan jadual program sepanjang percutian yg masih belum settle. Nak dibatalkan sayang plak tiket flight, yg berjumlah RM541.80. Itupun sebab beli time promo kalau x lagi mahal. So, nak taknak aku kena pergi jugak.

Misi pencarian info dan maklumat berguna mengenai hotel dan aturcara program telah berlangsung hampir 2 bulan. Tapi, sampai sekarang belum ada final decision lagi nak booking hotel mana. Banyak perkara yg perlu dipertimbangkan, tambahan pula ni 1st time kami ke sana. Pelbagai tips dan info yg aku dapat hasil blogwalk. Zaman sekarang ni tak susah pun nak dpt ino n tips berguna, google je ape yg kita nak cari terus semua blog yg berkenaan.

Dalam banyak-banyak blog yg aku jengah, blog yg terpaut kt hati ni antaranya http://alifsobry.wordpress.com/2011/11/
http://dilamin.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=12
http://shahzanhafiz.blogspot.com/2012/10/10-tempat-menarik-di-kota-kinabalu-sabah.html