Petua Mematahkan Sihir

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar korang-korang harini, semalam n kelmarin? Harapan saya agar semuanya dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Pada petang Isnin yg tenang ni, jari-jemari saya tergerak utk kongsikan dgn korang-korang tentang satu ilmu yg mungkin nmpk enteng tapi penting utk sesetengah individu yg mengalami masalah yg berkaitan.

SIHIR adalah perbuatan dan amalan syirik yg patut dihindari oleh umat Islam. Namun begitu, dalam era moden ini, terdapat juga segelintir golongan Islam yg masih percaya dan mengamalkan perbuatan syirik ini bagi tujuan tertentu.

Berikut ingin saya kongsikan beberapa amalan yg boleh di amalkan utk menghindari dan mematahkan Sihir, dengan izin Allah.


  1. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk sepanjang hari, kerana selagi kita masih dalam wudhuk, In shaa Allah selagi itulah Sihir tidak dapat menembusi.
  2. Amalkan meminum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat Syifa', minum air tersebut dan baki 3/4 air siram ke atas kepala. Jika sihir yg baru kena in shaa Allah akan gugur.
  3. Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dgn tandas, baca ayat qursi dalam hati, siram air limau itu bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi, kain basah jgn diperah dan badan jgn dilap, biarkan ia kering sendiri. Lepaskan kain basah ke bawah, jgn membuang kain basah ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai dimana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah, sukar terkena sihir/niat jahat buatan manusia tidak beriman. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan terasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yg menggetarkan gelombang yg tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu, in shaa Allah ia akan keluar dari badan kita. 
  4. Amalkan membaca surah Al Jin setiap malam.
  5. Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas Subuh dan Asar. 
  6. Untuk mengelak rumah dari disihir, ambil segenggam garam, baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda. 
  7. Tidur dgn berwudhuk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagar diri.