11.05.12@8:13pm >>> It's Amna Birthday!!!


Harini genapla setahun usia puteri sulungku Nur Amna Qistina. Bersempena dgn itu dan sempena Hari Ibu pada bulan ni jgk, so entry kalini nk share detik2x kelahiran Amna setahun yg lps.

Sepatutnya due yg diberi oleh Dr masa regular check up ialah pada 2 Mei 2011, tapi setelah kandungan mencecah usia 40 minggu masih tidak merasa tanda2x ingin bersalin, saya pun menyerah diri utk ditahan di Wad Ibu dan Anak, Hospital Selayang. Memang takde tanda contraction langsung! Tak tau la kot tarikh due tu Dr silap bagi ke.. Setelah ditahan di wad tetapi masih tak menunjukkan apa2x tanda akhirnya Dr decide utk bersalin secara paksa. 8 hb saya telah diinduce yg pertama, dan 9 hb induce yg kedua.

Seawal 7 pg Dr mula check jalan dan mendapati ada bukaan sebnyk 3 cm,