Muat Turun/Download Borang BRIM 2.0 - Bujang (RM250) Isi Rumah (RM500)

Assalamualaikum...

Seperti yang diketahui ramai, borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) boleh dimuat turun mulai 1 November 2012. Kepada penerima-penerima BRIM 1.0 tidak perlu lagi untuk mengisi borang tersebut. Berita baik, BRIM 2.0 juga diberikan kepada individu bujang yang berumur 21 tahun keatas.

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan untuk pemohon bujang dan isi rumah:

INDIVIDU (BUJANG) :

1) Warganegara Malaysia

2) Berpendapatan RM2,000 kebawah sebulan

3) Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250

ISI RUMAH :

1) Warganegara Malaysia

2) Berpendapatan kasar RM3,000 kebawah sebulan

Untuk muat turun / download borang BRIM 2.0 sila ke SINI boleh juga memohon secara online di SINI