Resepi #5 Sotong Goreng Celup Tepung

Assalamualaikum.. Lepas upload gambar kt fb pg td, ramai kengkawan yg komen n pm minta resepi sotong goreng celup tepung ni, sorry ye mak bz sket pg ni bkn pe, bz beratur kt bank nak tukar duit raya baru. Ok, tanpa membuang masa, i tepekkan resepi tersebut kat sini yer..

*Jaga ayaq liuq jgn sampai meleleh naaa...hehe*


Bahan-bahan:

7 ekor sotong (size sederhana) - dipotong bulat-bulat
Tepung jagung
Telur 1 biji
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa
Serbuk kunyit secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
1 biji limau kasturi

Cara penyediaan:

Cuci sotong dengan asam jawa utk menghilangkan bau. Perap dgn perahan limau kasturi. Toskan.
Pecahkan telur didalam mangkuk, gaulkan sotong.
Tambah garam, serbuk lada hitam dan lada sulah. Untuk yg suka makan pedas, blh tambahkan sedikit sebuk cili/cili kering yg telah dimasak.
Pada mangkuk yg berasingan, gaulkan tepung jagung dan kunyit sekata.

Cara memasak:

Panaskan minyak dgn api sederhana.
Celupkan sotong dgn telur kedalam campuran tepung jagung dan kunyit sehingga tepung melekat.
Masukkan ke kuali.
Goreng sehingga kekuningan dgn cara "deep fry".
Angkat dan sedia untuk dihidang bersama sos plihan.

Tips:

1) waktu ingin menggoreng pastikan minyak betul-betul panas.
2) celup dan goreng sotong sedikit demi sedikit.
3) lebih enak dimakan waktu masih panas.

Selamat Mencuba!! (*___^)



Resepi #4 Ketam Cili Mix Telur Ala Bonda

Alhamdulillah.. harini masuk hari ke 6 kita berpuasa. Semoga kita terus diberi kekuatan utk menghadapi hari-hari seterusnya.. Pagini saya nak share resepi yg merupakan favourite suami saya.. *actually semua jenis masakan ketam favourite beliau* Resepi ni saya inspirasikan dari resepi asal air tgn bonda saya..

Ketam Cili Mix Telur Ala Bonda

Bahan-bahan:

3 ekor ketam betina saiz sederhana - disiang dan cuci bersih
2 biji telur ayam 
Sos cili
1 btg serai-dititik
Daun kucai/sup
Belahan limau nipis
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Serbuk kunyit 
Garam 

Bahan kisar:

200 gm cili kering 
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih 
1 cwn air masak

Cara memasak: 

Lumur ketam yg telah dicuci dgn serbuk kunyit dan garam secukupnya.
Panaskan minyak dgn api sederhana, goreng ketam secara "deep fry".
Setelah kekuningan dan agak garing, angkat ketam dan letakkan ke dalam pinggan.

Cara membuat sos / kuah bercili:

Panaskan 3 sudu minyak dalam kuali berasingan dengan api sederhana.
Tumis bahan kisar dan sos cili. 
Masukkan serai. Kacau lagi.
Masukkan garam dan kiub pati ayam secukup rasa.
Setelah diyakini masak, pecah telur dan masak lagi (masak macam kite wat sambal telur pecah) 
Setelah masak, tutup api. Curahkan sos/ kuah di atas ketam yang telah digoreng tadi.
Tabur daun sup/kucai utk hiasan. Saya tambahkan hiasan dgn belahan limau nipis.
Sedia untuk dimakan.


Tadaaa...nie la hasil air tangan saya...licin suami sy kejerkn..


















Resepi #3 Siakap Masak 3 Rasa

Bahan Utama :-

Ikan
- siang dan cuci bersih ikan menggunakan tepung dan asam jawa - untuk hilangkan bau hanyir ikan.
- Setelah dicuci bersih, lumur ikan dengan kunyit dan garam secukup rasa.

Bahan sos:-
A) 4-5 btg cili besar, 2 ulas bwg merah - di blend
B) nenas dalam tin, ptg nenas kecik2x, 3 biji tomato dipotong dadu.
C) 5 batang cili api/2 sudu besar cili kering (optional klu nk lg pedas kaww)
D) Sos tomato dan garam secukup rasa.

Cara memasak:

Panaskan kuali, masukkan minyak masak (ikut size ikan),
goreng ikan menggunakan api sederhana sehingga garing.
Angkat ikan dan hidang atas pinggan.

Untuk sos, masuk 3 sudu besar minyak masak, tumis bhn A&C sehingga masak.
Setelah diyakini masak, masukkan pula bhn B&D.

Siap dah! Time nk ngap tu baru la curah sos tu atas ikan siakap yg dalam pinggan tadi tu. Untuk hiasan, boleh taburkan daun sup/kucai mengikut kreativiti sendiri.

Tadaa....



This is mine! Baru je semalam masak untuk berbuka. Harini tak tau lagi nak masak menu special ape pulak..
Selamat Mencuba!! (^__^)

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!


Assalamualaikum wbt..

 Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan dan nikmat kesihatan oleh Nya untuk bertemu lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak. Moga kita terus diberikan kesihatan yang baik dalam menyempurnakan ibadah pada bulan ini. Marilah sama-sama kita raih pahala dan ganjaran yg besar seperti yg telah dijanjikan Allah. Kepada semua umat Islam di luar sana selamat menjalani ibadah puasa yer! Ingat, bulan puasa ni jgnla nak membazir sangat terutama bila membeli juadah berbuka puasa, biarlah bersederhana. Waktu berbuka pula makanlah dgn kadar secukupnya jangan makan sampai tak hengat, nanti Tarawikh pun kandas! Kuikuikui..


Propagedix..

Haha.. baru harini sempat nak upload gambar ni..tarikh kejadian dh lama sebenarnya tp dlm bulan ni jgk la tapi tak sempat nak upload..
*me with Actor Ezani*
Gambar diambil dari depan opis je. Time ni ade shooting drama Tangisan Bulan Madu 2. So nantikan saya di kaca TV anda yer... Ahakzz!!




Cabaran Mencabar Tercabar #2

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Kalau anda masih ingat dengan post entry saya dulu kat SINI, saya ada nak cont cerita tentang punca kenaikan berat badan saya. Semuanya bermula apabila saya mengandungkan anak pertama, Nur Amna Qistina. Berat saya sebelum mengandung adalah 58 kg, manakala sepanjang tempoh mengandung sehingga kandungan mencecah 9 bulan berat saya telah mengalami kenaikan yg mendadak sebanyak 23kg. Saya telah selamat melahirkan anak pertama secara pembedahan.

Dalam tempoh berpantang, saya tidak dapat mengikuti kaedah berpantang yg betul seperti bertungku, berbarut, dan sebagainya. Entry penuh di SINI Pengambilan jamu juga tidak dapat dilaksanakan. Saya cuma makan pil gamat dan pati ikan haruan. Ini menyebabkan saya sukar untuk kembali langsing. 

Walaubagaimanapun, selepas tempoh berpantang jumlah penurunan berat badan saya adalah 12kg. Maksudnya, masih ada 11 kg lagi berat badan saya untuk kembali langsing seperti sebelum mengandung. Sebulan lepas pantang, saya mengalami penurunan berat badan sebanyak 4kg lagi berpunca dari puasa sebulan di bulan Ramadhan *wahh!!masa tu dah happy gila nie sebab baju semua dah mula longgar..dan kemudian lupa diri!!* Di bulan Syawal yang indah, akibat lupa diri dan lupa daratan saya lupa untuk kawal pemakanan, dan akhirnya berat saya naik sebanyak 7kg.. 

Maka, bermulalah fasa baju seluar terasa ketat semula, pipi menjadi tembam dan mula terasa berat untuk melakukan aktiviti seharian sehinggalah pada 1 masa tu saya mencuba produk HERBALIFE Memang ade penurunan berat tapi saya tak sempat sampai sebulan pun minum produk tu, saya stop sebab suami sy ckp HERBALIFE boleh mendatangkan masalah kesihatan pada masa akan datang sebab hanya mengamalkan diet protein. Ok, saya kan isteri mithali jadi saya pun menurut perintah je la.. *Abg, sila stanby duit utk shopping minggu ni yer* 

Begitulah kisah di sebalik kenaikan dan masalah penurunan berat badan saya ni. Jadi, pada yang mengata tu baik istighfar banyak-banyak mintak Allah ampunkan dosa kamu sebab kamu tu baru anak 1, takut-takut esok mengandung yg no 2 ke 3 ke Allah bagi pulak kamu rasa macam di tempat kite sekarang. Masa tu takut ramai pulak yang dok panggil kamu **TONG DRUM** 

Sekian dulu buat kali ni.. Nanti kite update lagi yer.. Yang baik jadikan tauladan, Yang buruk jadikan tauladan *Wink-wink*

Fantastic Friday #2

Harini tak kemana pun.. Cuma lunch hour terisi dgn sesi facial member opis, *geng Jemah* wani & zura.. Alhamdulillah sesi rawatan settle dlm masa yg sepatutnya sbb I join buat both of them in one together.. Berkat menjalani kursus dan pengalaman, kini saya lebih berkeyakinan dan cekap dalam mengendalikan sesi facial. For womans out there yg berminat nak try facial sevice door to door boleh la contact saya ok, coz saya juga boleh datang ke tempat anda... 

Sambil tu meh layan gambar memancoorr-mancoorr selepas sesi facial tadi..
..kak nang..

..juju..

Model majalah Nur...sangat!!

Assalamualaikum & salam sejahtera... Ikin nak share ngan u olls, hari Selasa lepas krew majalah Nur datang ofis n nak buat photoshoot untuk pengisian majalah mereka keluaran September 2012. Jadi, jangan lupa untuk dapatkan keluaran tersebut yer.. *mode: iklan Nur n promote FAMA* hehe..

My colleuges n me at front counter..
My colleugues at meeting room..

Dilema Oh! Dilema!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lumrah hidup sebagai manusia di bumi Allah ni, kita tak pernah terlepas dari membuat pilihan.. bermula dari sekecil-kecil perkara seperti memilih menu di restoran, sehingga sebesar-besar perkaraseperti pilihan untuk membeli kereta, rumh dan sebagainya. Juga antara yg terpenting apabila perlu membuat pilihan soal jodoh dan perkahwinan.

Cewaahh!! macam pelik pulak bila blog nie jadi too seious kan! hehe...sebenarnya, saya cuma nak berkongsi tentang dilema yg terus melanda saya.. To all followers who always follow my update for sure u all dah baca fasal dilema sy sebelum ni kan.. which i posted here and here

Ade jgk lain-lain dilema yg x sempat saya update kat sini seperti masa memilih utk membeli smartphone sy dilema utk memilih samsung o I phone which finally i choose Samsung S Advance..

So back to my topic, kali ini saya dilanda dilema pulak untuk memilih microwave... There are 3 types for me to choose which Microwave, Microwave Oven, n Electric Oven. Hahh!! ape bnyk sangat jenis microwave nieee...

Bila saya minta pendapat en hubby, ni soalannya.. "syg nk guna microwave utk ape? so belilah yg sesuai utk tujuan tu.." Ermm....betul jugakkan? So I was thinking what's my point to have that microwave..


and these are my points : -


  • Easier for me to re-heating lauk pauk utk bersahur since Bulan Ramadhan just around the corner.
  • Saya sedang dalam proses untuk belajar buat cake n biscuits *for Hari Raya yg bakal menjelma nanti.
  • Saya lebih berminat dalam bidang masakan selepas mengikuti rancangan Masterchef di Astro Ria. So dgn adanya microwave saya boleh mempelbagaikan lagi jenis masakan saya.
Saya dah buat survey di beberapa tempat, harga electric oven lebih murah dari microwave, tetapi harga microwave oven lebih mahal dari microwave.. So which one I should buy??