BERPANTANG / PENJAGAAN BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN (CAESER)

Bukan senang nak berpantang selepas melahirkan. Banyak rujukan yg sy lakukan dgn melayari internet selain bertanya kpd ibu dan kawan2x yg pernah bersalin caeser. Tambahan pula di zaman moden nie, banyak sgt perubahan dari segi cara cerpantang dgn zaman nenek moyang kita dulu. Apatah lagi bersalin secara caeser. Alhamdulillah, sy masih mempunyai ibu dan ibulah yg insan yg menjaga sy sepanjang tempoh berpantang. Banyak perkara yg merumitkan ketika berpantang (caeser). Setiap pergerakan harus dikawal. Duduk, baring, bangun malahan batuk, bersin dan ketawa pun terkawal. Denyutan yg kuat dan rasa resa mmg sentiasa ada.



Berbeza dgn bersalin normal, jamu dan ubat yg menjadi keutamaan adalah pati gamat dan ikan haruan. Ibu tak menggalakkan saya minum air akar kayu sepanjang tempoh berpantang. Dari segi pemakanan, menu wajib saya setiap hari semestinya ikan haruan. Dari masak sup, lada hitam hingga panggang semuan menu ikan haruan. Utk yg bersalin caeser, digalakkan utk banyakkan makan buah sunkist (minuman Twister) kerana kaya dgn Vitamin C yg elok utk menyembuhkan luka dalaman. Saya mula mengamalkan CCPP selepas 40 hari berpantang kerana ia membantu mengecutkan rahim dan mampu menambah susu badan.

Dari segi penjagaan luka luaran pula, ibu-ibu harus pastikan luka sentiasa kering. Semasa mandi pastikan bahagian luka tidak terkena air. Setiap kali selepas mandi, sy akan pastikan bahagian luka pembedahan dilap kering atau boleh juga menggunakan hair dryer. Ianya sgt penting utk mengelakkan luka dari terkena jangkitan kuman dan bernanah. Selepas kering, saya menyapu losyen CNI (yg dibeli oleh mak mertua sy) pada bahagian luka utk menghilangkan parut.

Siapa cakap bersalin caeser x boleh berurut dan bertungku??

Walaubagaimanapun, ibu digalakkan berurut hanya selepas seminggu bersalin. Urutan adalah penting untuk membuang angin dan mngecutkan semula urat2 yg kembang akibat proses bersalin, boleh dilakukan diseluruh anggota badan kecuali pada bahagian perut kerana jahitan pembedahan belum betul-betul baik. Sengkak tidak boleh sesekali dilakukan dlm 3 bln selepas bersalin caeser kerana dikhuatiri jahitan dalaman akan terbuka semula.

Bertungku pula adalah penting untuk melancarkan perjalanan darah dan memanaskan badan ibu. Selain dari itu, kaedah bertungku yang betul dapat mengecutkan rahim dan membuang angin. Tetapi, bagi ibu-ibu yg caeser dinasihati utk bertungku setelah seminggu lepas bersalin utk pastikan luka betul-betul pulih.

Cara saya bertungku??

Saya menggunakan batu sungai (sebaiknya bersaiz panjang dgn hujungnya sedikit tirus dan bulat)
Batu tungku hendaklah dipanaskan diatas api (dlm 15-20min)
Kemudian, batu tungku perlu dibalut dgn kain yg dialas dgn daun mengkudu.
Seeloknya bertungku dilakukan selepas berurut pada waktu pagi dan selepas mandi pada waktu petang.

Bahagian-bahagian yg perlu ditungku:

Bertungku dimulai dari bahagian dada, dimana letakkan tungku disekitar buah dada utk melancarkan peredaran darah dan baik untuk penghasilan susu badan.
Kemudian diteruskan ke bahagian perut (untuk mengecutkan peranakan yg besar ketika mengandung)
Bagi ibu yang bersalin caeser, elakkan dari bertungku pada bahagian perut dan peranakan.
Teruskan bertungku pada belikat belakang untuk membetulkan urat dan melancarkan perjalanan darah.
Seterusnya, tungku pula pada bahagian bawah badan seperti pinggang, punggung, pangkal paha, betis dan tapak kaki.



11 comments:

  1. Salam..maaf n tnya CCPP tu apa ye?

    ReplyDelete
  2. wsalam..sis @waty affandi CCPP tu cocoa collagen power plus, produk kolagen terbaik yg sy pernah minum. Selain rasanya yg sedap, bnyk lagi kelebihan-kelebihan lain. awk boleh baca info di link ni http://chintauoweyz.blogspot.com/p/ccpp-cocoa-collagen-power-plus.html

    ReplyDelete
  3. Salam, bengkung boleh pakai ke lepas bersalin caesar?

    ReplyDelete
  4. Hi, saya baru mula menjalankan perniagaan ikan haruan secara online. Boleh layari website saya yer:
    www.haruan.my

    Terima kasih. :)
    Syahrul Anuar

    ReplyDelete
  5. Salam perkenala...thanks for sharing..sgt2 membantu saya yang bersalin c-zer..anak sulung plak tu..agak blur la nak pantang czer nih..btw..jom lawat blog saya...:)

    http://sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Nak tanya...dalam pantang caeser blh ke minum twister.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatin. Boleh. Tetapi disarankan minumlah air yang kurang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jemput ziarah http://vitamincerdik.blogspot.com/search/label/set%20berpantang

      Delete
  7. Saya juga ingin berkongsi pengalaman berpantang. Jemput ziarah blog saya http://vitamincerdik.blogspot.com/search/label/set%20berpantang

    ReplyDelete
  8. Untuk urutan tradisional dan penjagaan slpas bersalin bleh email sy yea..ieylabiela1103@gmail.com

    ReplyDelete
  9. salam nk tny..boleh ye slepas ceaser berurut?sy ank dh 2 tahun..plan nk mengandung tp nk berurut dulu..

    ReplyDelete