Perginya Arwah Mak (makcik yg ku kasihi)

   Allahu Rabbi... Tak tau macamana aku nak mulakan, tapi hati aku rasa sayu sgt pagi ni. Semalam, 27 Mac 2013, 15 Jamadilawal 1434H perginya seorang insan yg aku sayang. Dialah mak saudaraku yg paling rapat dgn keluargaku. Aku memanggilnya 'mak' kerana mmg dari kecik aku sgt rapat dgn beliau dan suami (yg ku panggil ayah) Mak adalah kakak ibu kandung aku. Mak adalah teman rapat ibu aku selain aku dan keluarga. Mak sgt baik. Walaupun kadang-kadang mak nampak garang suka bising-bising, tapi sebenarnya hati beliau sgt baik. Beliau tak pandai berdendam. Kalau ada apa-apa majlis keluarga kami, beliau akan bertungkus lumus membantu, walaupun beliau tak la sihat sgt.

Semuanya berbeza sejak beliau mula sakit dalam 2 bulan lps, kami tak lagi seriang dulu. Pada mulanya kami sangkakan mak hanya sakit-sakit kaki biasa. Lama-kelamaan kaki beliau semakin membengkak, bila malam beliau sering mengalami sesak nafas. Namun, beliau sangat sabar, dan tak nak menyusahkan org lain. Beliau seboleh mungkin nak sorok kesakitan beliau, dan biar org nmpk beliau sihat. Ayah telah membawa beliau ke perubatan tradisional, dan beliau dikatakan terkena sihir. Wallahu'alam, hanya Allah yg Maha Mengetahui. 

Semakin hari, kaki beliau semakin membengkak, dan mula mengeluarkan air dari betis. Dalam keadaan terpaksa, beliau dihantar ke hospital dan Doktor suspek beliau mengalami masalah pada buah pinggang. Namun, Doktor masih belum dapat mengesahkan seserius mana penyakit beliau itu.

Sehinggalah hari kelima (26 Mac 2013) beliau dimasukkan ke hospital, selepas dilakukan Dialysis, jantung beliau semakin lemah dan beliau mula tidak sedarkan diri. Ayah dan abg (ank arwah) beritahu kpd kami, petang tu elok je beliau berborak tapi tak lama lps mereka balik utk amek bantal arwah, doktor call suruh ahli keluarga dtg hospital. Masa tu aku sempat melawat beliau, tapi ibu n adik temankan beliau disamping ayah dan abg. Pagi esknya, 27 Mac 2013 @ 6:24am, adk msg 'Mak lg 20minit.dktr tga cube pam..nadi mak dah xde kak.' Setelah 20 minit, adk msg lagi 'Akk,mak dh xde kak.'

........................................................................................................................................

Aku sempat sampai ke hospital sewaktu arwah belum dimandikan. Alhamdulillah, aku sempat berbakti pd saat-saat akhir arwah. Aku, ibu, adik, dan che wa(rakan arwah) sama-sama turut membantu memandikan jenazah. Perasaan yg sukar aku gambarkan dgn kata-kata. Ini adalah pengalaman pertama aku, tak tau dari mana dtg kekuatan dan hilang segala ketakutan, mungkin kerana rasa kasih dan sayang mengatasi segala perasaan itu. Setelah selesai memandikan jenazah, upacara solat jenazah juga turut disempurnakan di bilik mayat, PPUM.

Selesai solat jenazah diimamkan ustaz di hospital, jenazah terus dibawa ke rumah nenek (mak mertua arwah) di Kundang, dan seterusnya dibawa ke masjid untuk disolatkan selpas solat Zuhur.
Usai disolatkan, pengkebumian jenazah diuruskan oleh keluarga ipar arwah di Tanah Perkuburan Sri Kundang. Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar dan dipermudahkan. Cuaca pada waktu pengkebumian itu pun sangat baik. Tanah berlebih. Semua dipermudahkan. Alhamdulillah, bersemadilah mak dgn tenang disana. Semoga Allah ampunkan segala dosa mak, dan tempatkan mak di kalangan orang-orang yg beriman. Amin.. Kenangan yg mak tinggalkan akan kami kenang sampai bila-bila. Al-fatihah kami kirimkan pengganti rindu yg menggebu pada mak. 

Petua Mematahkan Sihir

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar korang-korang harini, semalam n kelmarin? Harapan saya agar semuanya dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Pada petang Isnin yg tenang ni, jari-jemari saya tergerak utk kongsikan dgn korang-korang tentang satu ilmu yg mungkin nmpk enteng tapi penting utk sesetengah individu yg mengalami masalah yg berkaitan.

SIHIR adalah perbuatan dan amalan syirik yg patut dihindari oleh umat Islam. Namun begitu, dalam era moden ini, terdapat juga segelintir golongan Islam yg masih percaya dan mengamalkan perbuatan syirik ini bagi tujuan tertentu.

Berikut ingin saya kongsikan beberapa amalan yg boleh di amalkan utk menghindari dan mematahkan Sihir, dengan izin Allah.


  1. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk sepanjang hari, kerana selagi kita masih dalam wudhuk, In shaa Allah selagi itulah Sihir tidak dapat menembusi.
  2. Amalkan meminum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat Syifa', minum air tersebut dan baki 3/4 air siram ke atas kepala. Jika sihir yg baru kena in shaa Allah akan gugur.
  3. Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dgn tandas, baca ayat qursi dalam hati, siram air limau itu bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi, kain basah jgn diperah dan badan jgn dilap, biarkan ia kering sendiri. Lepaskan kain basah ke bawah, jgn membuang kain basah ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai dimana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah, sukar terkena sihir/niat jahat buatan manusia tidak beriman. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan terasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yg menggetarkan gelombang yg tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu, in shaa Allah ia akan keluar dari badan kita. 
  4. Amalkan membaca surah Al Jin setiap malam.
  5. Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas Subuh dan Asar. 
  6. Untuk mengelak rumah dari disihir, ambil segenggam garam, baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda. 
  7. Tidur dgn berwudhuk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagar diri. 

Jalan-jalan Johor #2

Assalamualaikum dan selamat pagi semua! eh silap, selamat sejahtera..

Harini mood terasa tak berapa best nk buat keja..memandangkan jam analog di pc pun menunjukkan waktu 12:34. Memang berat lah kan mata ni. Lagipun, tengahari ni nak balik umah jap.. teman en hubby amek baju n suar coz ptg ni ade trening futsal. Sambil dok tunggu si dia, mari kita update blog! haha..

Kalau korang still ingat ngn post entry saya pasal jalan-jalan johor tu, haa meh nak cite sambungan dia. Pada yg belum pernah baca tu, klu nk lg best pekata korang g baca dulu kat SINI Saje nak suruh korang baca sbb korg kan tgh xde keja.. hehe

Ok, sambungan dari kisah itu, malam lepas kitorg lepaking makan angin kt Danga Bay tu kami pun gerak la balik ke hotel. Sepanjang perjalanan, kami sempat la lalu Pasar Karat dan tgk signboard Singapore. Sedih tak? Huhu..tapi itulah kenyataannya, lalu je xsempat nak singgah sbb my lil princess Amna dh ngamuk nk tido. Si kecik ni dh biasa tido berbuai. Mmg susah la nak tido selagi tak masuk buai. Itu ok! Yg tak ok nye, dia akan meragam laa bile dah ngantuk. Mintak dibuai! Huhu.....

Sampai je hotel, mcm biasa bersihkan badan dulu baru blh tido. Macamtu jgk la dgn si kecik ni, memang rutin every night, sebelum tido, mmg saya akan tukar baju, seluar, n pampers, bersihkan montot, cuci muka, basuh tgn n kaki, urutkan minyak baby pada badan, kaki dan tgn, sapu vicks pada dada, hidung belakang n tapak kaki baru masukkan dalam buai. Dalam buai tu plak, mmg wajib la kena ade 'why' n susu..

Dia sendiri yg bg nama 'why' tu... pandai je kan anak ummi nie... Yes, 'why' tu mmg wajib..haha... nk tau ape 'why' tu? Ha...ni lah dia....
*sentiasa kena ada..dh mcm best fren dh mrk nie.. klu nak cuci 'why' dia ni smpi kena ckp 'why' mandi.. pastu ade lak kena ganti dgn yg lain..*
haa...ni lah gantinya....which she calls              
'bear-bear'
Ok, my hubb dh msg.. So nanti saya sambung dalam next entry k.. Bai..

Solemnization Tina & Rafiz

Assalamualaikum..

Hye readers, u all ok x? hopefully, korang smua sihat n happy selalu. Harini, one of my bff's time study kt IPB dulu nikah. Tomorrow, 2nd March 2013 is her wedding. In shaa Allah, esk iekin akn ke sana. Tak sabar nak tengok she sanding with her soulmate, and rindu sgt nk meet up all my bff yg akan attend wedding esok. Lagipun, lame jgk la ketemu laga pipi ngan dorang. Sebelum ni pun, wedding member-member ramai yg iekin x sempat attend. Sedih!! So, yg kali ni memang awal-awal dh save the date kautim ngn mr hubby. Walaupun pg tu kami akan ke rumah mertua, tp ptg tu in shaa Allah we will straightly attending her event. See yaa beauty bride, Tina. Semoga majlis tina berjalan lancar seperti yg dirancang...amin!