Perginya Arwah Mak (makcik yg ku kasihi)

   Allahu Rabbi... Tak tau macamana aku nak mulakan, tapi hati aku rasa sayu sgt pagi ni. Semalam, 27 Mac 2013, 15 Jamadilawal 1434H perginya seorang insan yg aku sayang. Dialah mak saudaraku yg paling rapat dgn keluargaku. Aku memanggilnya 'mak' kerana mmg dari kecik aku sgt rapat dgn beliau dan suami (yg ku panggil ayah) Mak adalah kakak ibu kandung aku. Mak adalah teman rapat ibu aku selain aku dan keluarga. Mak sgt baik. Walaupun kadang-kadang mak nampak garang suka bising-bising, tapi sebenarnya hati beliau sgt baik. Beliau tak pandai berdendam. Kalau ada apa-apa majlis keluarga kami, beliau akan bertungkus lumus membantu, walaupun beliau tak la sihat sgt.

Semuanya berbeza sejak beliau mula sakit dalam 2 bulan lps, kami tak lagi seriang dulu. Pada mulanya kami sangkakan mak hanya sakit-sakit kaki biasa. Lama-kelamaan kaki beliau semakin membengkak, bila malam beliau sering mengalami sesak nafas. Namun, beliau sangat sabar, dan tak nak menyusahkan org lain. Beliau seboleh mungkin nak sorok kesakitan beliau, dan biar org nmpk beliau sihat. Ayah telah membawa beliau ke perubatan tradisional, dan beliau dikatakan terkena sihir. Wallahu'alam, hanya Allah yg Maha Mengetahui. 

Semakin hari, kaki beliau semakin membengkak, dan mula mengeluarkan air dari betis. Dalam keadaan terpaksa, beliau dihantar ke hospital dan Doktor suspek beliau mengalami masalah pada buah pinggang. Namun, Doktor masih belum dapat mengesahkan seserius mana penyakit beliau itu.

Sehinggalah hari kelima (26 Mac 2013) beliau dimasukkan ke hospital, selepas dilakukan Dialysis, jantung beliau semakin lemah dan beliau mula tidak sedarkan diri. Ayah dan abg (ank arwah) beritahu kpd kami, petang tu elok je beliau berborak tapi tak lama lps mereka balik utk amek bantal arwah, doktor call suruh ahli keluarga dtg hospital. Masa tu aku sempat melawat beliau, tapi ibu n adik temankan beliau disamping ayah dan abg. Pagi esknya, 27 Mac 2013 @ 6:24am, adk msg 'Mak lg 20minit.dktr tga cube pam..nadi mak dah xde kak.' Setelah 20 minit, adk msg lagi 'Akk,mak dh xde kak.'

........................................................................................................................................

Aku sempat sampai ke hospital sewaktu arwah belum dimandikan. Alhamdulillah, aku sempat berbakti pd saat-saat akhir arwah. Aku, ibu, adik, dan che wa(rakan arwah) sama-sama turut membantu memandikan jenazah. Perasaan yg sukar aku gambarkan dgn kata-kata. Ini adalah pengalaman pertama aku, tak tau dari mana dtg kekuatan dan hilang segala ketakutan, mungkin kerana rasa kasih dan sayang mengatasi segala perasaan itu. Setelah selesai memandikan jenazah, upacara solat jenazah juga turut disempurnakan di bilik mayat, PPUM.

Selesai solat jenazah diimamkan ustaz di hospital, jenazah terus dibawa ke rumah nenek (mak mertua arwah) di Kundang, dan seterusnya dibawa ke masjid untuk disolatkan selpas solat Zuhur.
Usai disolatkan, pengkebumian jenazah diuruskan oleh keluarga ipar arwah di Tanah Perkuburan Sri Kundang. Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar dan dipermudahkan. Cuaca pada waktu pengkebumian itu pun sangat baik. Tanah berlebih. Semua dipermudahkan. Alhamdulillah, bersemadilah mak dgn tenang disana. Semoga Allah ampunkan segala dosa mak, dan tempatkan mak di kalangan orang-orang yg beriman. Amin.. Kenangan yg mak tinggalkan akan kami kenang sampai bila-bila. Al-fatihah kami kirimkan pengganti rindu yg menggebu pada mak. 

2 comments:

  1. Takziah Ikin, Semoga Arwah tenang disana dan di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman... Alfatihah

    ReplyDelete