Disaat Amna Mula Membesar..

Hari ini bertarikh 11 hb 10 2011, masih segar di ingatanku detik kelahiran puteri sulungku pd 11 Mei lps, dimana sepatutnya due date ku pd 3 Mei.. Betapa aku bertarung dengan deraian air mata beserta doa yg x pernah putus bermain di lidahku, smbil tgn suami erat ku genggam..


Ketika itu yg bermain di kepalaku agar aku selamat melahirkan zuriat yg kukandungkan hampir 10 bulan scr normal.. Namun, peluangku utk bersalin normal tipis krn ctg (pergerakan jantung) baby semakin lemah sedangkan contraction terlalu sedikit membuatkan jalan ssh utk bukak.. Dari dalam wad hingga setelah beberapa jam di labour room (LR) hanya mampu buka 3 cm jer..

Akhirnya, apa yg aku takutkan menjadi realiti apabila tepat jam 6 pm aku diminta utk sign borang pembedahan.. Aku diberikan suntikan bius separuh bdn (Epidural)
Dengan juraian mata yg tiada henti-henti, aku ditolak masuk ke bilik pembedahan. 

Dengan izinNya, tepat jam 8.32 pm aku selamat melahirkan zuriat dari rahimku sendiri.. Tak dapat aku gambarkan perasaanku ketika salah seorang dr bedah menghulurkan bayi yg masih merah dan mengatakan itulah anakku. Waktu itu, hilang segala sakit, sedih dan kepayahan.. yang ada hanyalah rasa syukur dan gembira yg amat sgt atas kurniaan yg x ternilai dgn wang ringgit itu.. 

Dia anakku yg ku beri nama Nur Amna Qistina.. Melihatkan wajahnya yg comel ketika baru dilahirkan dgn kuku yg pjg, dan rambut yg lebat.. Subhanallah.. Terima kasih Ya Allah, Kau telah kurniakan aku zuriat yg sempurna dari rahimku.. Moga engkau sempurnakan juga iman, akhlak dan peribadinya kelak..

Semakin hari, Amna semakin membesar.. Rupa paras, ragam dan perkembangannya kian berubah bulan ke bulan.. Dari suara yg jarang kedengaran dulu sehinggalah dah mula pandai menjerit sekarang.. dari hanya berbaring dulu sehinggalah Amna dah pandai meniarap dan pusing2x skrg,, dari x faham ape2x dulu sehinggalah dah pandai ketawa bila diagah sekarang..

Cepat betul masa berlalu, hingga aku tak sedar Amna kini dah pun genap 5 bulan.. Tak sabar rasanya nak tengok perkembangan seterusnya selepas ini.. 


No comments:

Post a Comment