Cabaran Mencabar Tercabar #2

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Kalau anda masih ingat dengan post entry saya dulu kat SINI, saya ada nak cont cerita tentang punca kenaikan berat badan saya. Semuanya bermula apabila saya mengandungkan anak pertama, Nur Amna Qistina. Berat saya sebelum mengandung adalah 58 kg, manakala sepanjang tempoh mengandung sehingga kandungan mencecah 9 bulan berat saya telah mengalami kenaikan yg mendadak sebanyak 23kg. Saya telah selamat melahirkan anak pertama secara pembedahan.

Dalam tempoh berpantang, saya tidak dapat mengikuti kaedah berpantang yg betul seperti bertungku, berbarut, dan sebagainya. Entry penuh di SINI Pengambilan jamu juga tidak dapat dilaksanakan. Saya cuma makan pil gamat dan pati ikan haruan. Ini menyebabkan saya sukar untuk kembali langsing. 

Walaubagaimanapun, selepas tempoh berpantang jumlah penurunan berat badan saya adalah 12kg. Maksudnya, masih ada 11 kg lagi berat badan saya untuk kembali langsing seperti sebelum mengandung. Sebulan lepas pantang, saya mengalami penurunan berat badan sebanyak 4kg lagi berpunca dari puasa sebulan di bulan Ramadhan *wahh!!masa tu dah happy gila nie sebab baju semua dah mula longgar..dan kemudian lupa diri!!* Di bulan Syawal yang indah, akibat lupa diri dan lupa daratan saya lupa untuk kawal pemakanan, dan akhirnya berat saya naik sebanyak 7kg.. 

Maka, bermulalah fasa baju seluar terasa ketat semula, pipi menjadi tembam dan mula terasa berat untuk melakukan aktiviti seharian sehinggalah pada 1 masa tu saya mencuba produk HERBALIFE Memang ade penurunan berat tapi saya tak sempat sampai sebulan pun minum produk tu, saya stop sebab suami sy ckp HERBALIFE boleh mendatangkan masalah kesihatan pada masa akan datang sebab hanya mengamalkan diet protein. Ok, saya kan isteri mithali jadi saya pun menurut perintah je la.. *Abg, sila stanby duit utk shopping minggu ni yer* 

Begitulah kisah di sebalik kenaikan dan masalah penurunan berat badan saya ni. Jadi, pada yang mengata tu baik istighfar banyak-banyak mintak Allah ampunkan dosa kamu sebab kamu tu baru anak 1, takut-takut esok mengandung yg no 2 ke 3 ke Allah bagi pulak kamu rasa macam di tempat kite sekarang. Masa tu takut ramai pulak yang dok panggil kamu **TONG DRUM** 

Sekian dulu buat kali ni.. Nanti kite update lagi yer.. Yang baik jadikan tauladan, Yang buruk jadikan tauladan *Wink-wink*

No comments:

Post a Comment