11.05.12@8:13pm >>> It's Amna Birthday!!!


Harini genapla setahun usia puteri sulungku Nur Amna Qistina. Bersempena dgn itu dan sempena Hari Ibu pada bulan ni jgk, so entry kalini nk share detik2x kelahiran Amna setahun yg lps.

Sepatutnya due yg diberi oleh Dr masa regular check up ialah pada 2 Mei 2011, tapi setelah kandungan mencecah usia 40 minggu masih tidak merasa tanda2x ingin bersalin, saya pun menyerah diri utk ditahan di Wad Ibu dan Anak, Hospital Selayang. Memang takde tanda contraction langsung! Tak tau la kot tarikh due tu Dr silap bagi ke.. Setelah ditahan di wad tetapi masih tak menunjukkan apa2x tanda akhirnya Dr decide utk bersalin secara paksa. 8 hb saya telah diinduce yg pertama, dan 9 hb induce yg kedua.

Seawal 7 pg Dr mula check jalan dan mendapati ada bukaan sebnyk 3 cm,
terus Dr mengarahkan utk saya dimasukkan ke Wad Bersalin. Waktu tu baru kul 8 lebih la. Tak sempat nk breakfast pun!! Saya dah mula memikirkan kalau la nk push dalam keadaan yg lapar tu larat ke tak la kan... Sepanjang dalam Wad Bersalin (LR) pelbagai perasaan menyelubungi saya!

Yang lebih menakutkan,  hanya sedikit contraction yg berlaku menunjukkan tiada pertambahan bukaan. Setiap 2 jam, Dr dtg check jalan masih 4cm! Air mata jgn cakap la, saya menangis bukan sebab sakit tapi sebab takut terpaksa melahirkan secara caeser klu jalan still x bukak. Saya juga telah diberikan suntikan bius Epidural sbg cara menahan rasa sakit.

Setelah beberapa jam, dan bukaan masih tiada perubahan, Dr pecahkan air ketuban dgn harapan akan rasa sakit akibat contraction. Tapi, setelah beberapa jam masoh tiada contraction seolah2x baby belum cukup masa utk dilahirkan! Akhirnya jam 6 ptg, saya diminta utk menandatangani surat keizinan utk melakukan pembedahan. Sangat takut!!! Namun, bila fikir tentang anak yg dlm kandungan dan keadaan jantung yg agk tidak stabil akibat air ketuban dh dipecahkan akhirnya saya sign jugak la..

Sebelum ditolak ke Bilik Pembedahan, saya sempat jumpa dan minta doa dan restu suami, dan ibu saya. Juga, saya sempat minta ampun dari mereka andai kata pembedahan ini meragut nyawa saya.   Setelah diberikan suntikan, akhirnya saya lali dan tak merasa apa-apa kecuali hanya kedengaran suara-suara petugas di Bilik Bedah dan bunyi-bunyian gunting, dan alat-alat pembedahan yg menakutkan!

Setelah bertarung hampir setengah jam, akhirnya tepat waktu azan Isyak berkumandang di radio kedengaran sayup-sayup suara bayi menangis. Waktu itu, saya masih tak pasti gerangan suara siapakah itu sehinggalah Dr yg melakukan pembedahan itu menghulurkan seorang bayi perempuan yg masih merah kpd sy dan mengatakan "ini anak puan, cuba tgk baby girl o baby boy"

Alhamdulillah.....tepat jam 8.13pm saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yg sgt comel persis anak Jepun dgn mata yg kecik dan warna kulit yg kemerahan. Dan itulah puteri sulung kesayangan Ummi n Abi yg ummi berikan nama Nur Amna Qistina, hasil gabungan nama abi (AM) dan ummi (NA)


Selamat Hari Lahir yg Pertama syg! Ummi doakan semoga Amna membesar dgn sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga Amna menjdai ank yg solehah yg menjadi kebanggaan ummi n abi, juga sbg seorang yg berjaya dunia dan akhirat. Aminn....



No comments:

Post a Comment