Happy Mother's Day & Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum.. Walaupun sambutan Hari Ibu tahun ini jatuh pada tarikh 13/05/2012 iaitu semalam. Tapi, rasanya tidak terlambat utk saya ucapkan Selamat Hari Ibu kpd semua wanita yg bergelar ibu, ummi, mak, mama, mummy, amma dan yg sewaktu dgnnya kerana pada saya, jasa dan pengorbanan ibu tidak ternilai dgn apa jua kekayaan di dunia ini, dan bukan sahaja patut dikenang pada hari tertentu sahaja tapi pada setiap hari! 

 Tanpa insan yg bergelar Ibu, tiada lah terlahir kita yg sekarang ni. Tiada ibu, maka tiada lah guru yg mendidik para cendekiawan dan cerdik pandai, tiadalah juga doktor-doktor yg pakar merawat pelbagai jenis penyakit. Tiada Ibu, tidak lahirlah barisan atlet, malahan pemimpin yg hebat di dunia ini. Ingatlah, wahai sahabat, betapa besar pengorbanan ibu kita yg telah melahirkan dan membesarkan kita dgn penuh curahan kasih sayang. 

Walaupun bebelan ibu kadangkala membuatkan kita rasa kurang senang, tapi ingatlah bahawa suatu saat akan tiba dimana kita akan merindui bebelan itu. Bahkan bebelan itu lah juga yg menjadikan siapa diri kita di waktu ini. Bebelan itu jugalah yg menjadikan kita manusia yg berguna. Bersempena dgn Hari Ibu ini, marilah kita mengenang jasa mereka dgn meluangkan sedikit masa bersama mereka utk mereka rasa dihargai. Ingatlah, mereka tidak mengharapkan seberapa banyak wang yg kita berikan pada mereka tapi apa yg mereka harapkan adalah kualiti masa kita utk mereka. 

Walau sesibuk manapun kita, jgnlah sesekali kita abaikan mereka. Curilah barang sedikit masa agar mereka rasa dihargai. Khas buat ibu saya, Nor Harizin Bt Shohor, akk ucapkan Selamat Hari Ibu. Mudah-mudahan ibu dipanjangkan umur dgn kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segal urusan Dunia dan Akhirat. Terima kasih sbb melahirkan dan membesarkan akk dan adik dgn sempurna. Without your love n care, I will not be here right now. I LOVE you so much IBU!!! 

1 comment:

  1. terharunya aku...
    sayangilah ibu selagi mereka masih ada...
    rindu kt arwah mama;(
    selamat hari ummi my fren..

    ReplyDelete