Happy Teacher's Day!!



Pada setiap tahun, 16 Mei telah dipilih sbg hari memperingati guru sedunia. Ingat lagi zaman-zaman sekolah dulu tak pernah miss bagi hadiah kt cikgu khususnya pd cikgu favourite.. hihi dan pada hari ini jugak la mcm-mcm program yg diatur oleh  pihak sekolah sbg sambutan Hari Guru. Antaranya, pertandingan yg melibatkan penglibatan guru dan murid. Masa ni jugak la kalau nk tengok Guru Disiplin buat persembahan.
Masa di bangku sekolah dulu saya tak kurang aktifnya, ada saja penglibatan yg melibatkan persembahan pentas mesti nk join especially yg melibatkan nyanyian.. hehehe

Tak kurang juga kelab-kelab dan persatuan yg menjual pelbagai bentuk cenderahati dan bunga utk diberikan kpd guru sbg salah satu cara mengumpul dana dan duit kelab. Pendek kata kalau Hari Guru je mesti semua gembira, ye lah guru-guru gembira sbb diraikan dgn persembahan dan pelbagai hadiah. Murid pula gembira sbb kelas agak ringan berbanding hari biasa. Ada jugak kelas yg tak belajar masa Hari Guru ni bergantung pd mood cikgu yg bertugas waktu tu la.. Saya adalah antara murid yg tak pernah miss bg hadiah kt cikgu saya masa Hari Guru. Paling tidak pun sekuntum ros dan sekeping kad! 

Untuk semua yg bergelar cikgu khususnya bekas guru-guru saya dari Sek Keb (1) Petaling Jaya, Sek. Men Keb (P) Taman Petaling dan Pensyarah-pensyarah dari Institut Professional Baitulmal juga kepada kawan-kawan yg telah berjaya menjadi warga pendidik....Selamat Hari Guru dan Terima kasih kerana menjadi pendidik yg berkaliber dan sabar melayani karenah dan kenakalan murid..

Tapi pada saya 16 Mei sgt bermakna sbb selain dari Hari Guru, hari ini juga adalah Birthday ibu yg sgt sy cintai.. Buat Nor Harizin Bt Shohor, Happy Birthday ibu!! Semoga ibu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah. Balik nanti akk bagi hadiah ye.. 

No comments:

Post a Comment