Breakfast Amna..

Disebabkan Amna sekarang ni dh kurang nk mkn nasi n sup, so pagi ni sy buatkan kasih sy Cekodok Pisang + Oat + Kismis for baby. Resepinya amatlah mudah. Jom baca lagi kt bwh ni. Tapi sory tak sempat nak snap gambar, sbb kelam kabut masak n kejar masa nk siap g kerja lagi. Hehe..

Resepinya yg amat mudah tu....

Bahan-bahan : -

2 biji pisang abu (makesure pisang masak ye klu x jd pisang goreng nanti! hehe..)
3 sudu tepung gandum (agak-agak la tgk size pisang tu klu terkurang korang tambah la sendirik..)
1 cawan air (kalau terkeras tambah sket lg..)
2 sudu rolled oat
7 biji kismis
2 sudu minyak jagung / olive oil
Cara Memasak : -

Masukkan pisang, oat dan kismis ke dalam mangkuk adunan. Campurkan tepung gandum dan air ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit. Gaul sebati sehingga menjadi doh. Jangan terlalu keras dan tidak juga terlalu lembik. Yang sedang-sedang jerk!

Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak jagung. Bentukkan doh mengikut kesukaan anda dan goreng lah ia ke dalam kuali yg panas tadi. Goreng sehingga cekodok berwarna kekuningan. Angkat dan toskan. Sila tekap cekodok yg siap dimasak dgn kertas minyak (tisu pun boley..) utk mengurangkan minyak. 

Siap untuk dihidang! Nyum-nyum...

* Tips: Jika menggunakan non-sticky pan memadai sekadar menggunakan unsalted butter utk menggoreng. (Cara sama macam kita masak French Toast)

SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment