Perlantikan Sebagai Pengacara Majlis

Majlis Mesyurat Agung KSKF kali ke 32 bagi tahun 2012 telah diadakan pada 25 Mei 2012. Sekali lagi saya telah dilantik untuk mengacarakan majlis. Sejak-sejak dah berkursus Emcee ni payah sket kalau nak tolak lantikan. Okeh, atas dasar inisiatif sendiri (buat teks sendiri lagi!) ku turutkan jua.. Mak ikhlas ok....ikhlas sangat! huhu..



So pada tarikh yg ditetapkan, alhamdulillah majlis berjalan lancar sepertimana yg di rancang. Cuma.......ada satu kesalahan BESAR seorang emcee yang saya tak boleh lupa sampai bila-bila..... iaitu tersalah sebut nama wakil KP yg merasmikan majlis tersebut! Bukan nak tuding jari pada sesiapa tapi saya bengang sesangat dgn Queue Master terlantik sepanjang majlis tersebut, sebab dah banyak kali saya tanya dan sahkan nama PK tersebut..

Tapi takpe lah sebab majlis pun dah selesai, dan saya telahpun meminta maaf kpd PK tersebut selepas majlis selesai. Apepun, saya akan ambil peristiwa ini sebagai ikhtibar supaya tidak mengulanginya lagi di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment