Teks Emcee #1

Majlis Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan FAMA

Bismillahirrahmanirrahim..

Yang berusaha, Tuan Haji Ahmad Bin Ishak, Ketua Pengarah FAMA, merangkap  penaung Kelab Sukan & Kebajikan FAMA
Yang dihormati, En Nukman Bin Hashim, Presiden Kelab Sukan & Kebajikan FAMA
Ahli Jawatankuasa Kelab dan seterusnya Tuan-tuan dan Puan-puan yg dirahmati Allah sekalian.


ASSALAMUALAIKUM WBT, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALASIA!



Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya,
kita diberi kekuatan dan kelapangan waktu untuk berhimpun dalam majlis
mesyuarat Agung KSKF kali ke-32, tahun 2012. 

Hadirin sekalian, meneruskan  acara, bagi memberkati majlis pada pagi yang mulia ini, dengan segala hormatnya, dijemput saudara Raiza Bin Abd Manaf untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

( - Bacaan Doa -)

Amin amin Ya Rabbalalamin..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Raiza atas pimpinan doa itu tadi. Semoga majlis ini diberkati Allah dan berlangsung dengan lancar.

Hadirin sekalian,

Meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan En Nukman Bin Hashim, Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan FAMA (KSKF) untuk menyampaikan ucapan aluan.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

( Ucapan Alu-aluan )

Demikian tadi  ucapan oleh En Nukman Bin Hashim, Presiden Kelab Sukan & Kebajikan FAMA. 

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan beliau itu tadi.

Seterusnya majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Bin Ishak, Ketua Pengarah FAMA, merangkap Penaung Kelab Sukan & Kebajikan FAMA untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Sukan & Kebajikan FAMA Kali ke 32, Tahun 2012.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada Tuan Haji Ahmad Bin Ishak atas ucapan alu-aluan itu tadi.
  
Hadirin yang dihormati sekalian,

Untuk makluman, FAMA telah berjaya menjadi Johan dalam Perlawanan Badminton Peringkat MAKSWIP. Dengan ini, majlis merakamkan ucapan tahniah kepada barisan atlet badminton yang telah mewakili FAMA bagi perlawanan tersebut.

Antara atlet badminton FAMA yang telah berjaya mengharumkan nama FAMA di peringkat jabatan ialah saudara Mohd Nazim Bin Mohd Kamar. Beliau telah terpilih mewakili FAMA ke kejohanan MAKSAK peringkat negeri.

Sebagai tanda penghargaan, majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderamata dan sijil kepada saudara Mohd Nazim Bin Mohd Kamar.

Bagi menyempurnakan majlis dijemput sekali lagi Tuan Haji Ahmad Bin Ishak untuk menyampaikan  hadiah dan sijil kepada  penerima.

Oleh yang demikian, dijemput saudara Mohd Nazim Bin Mohd Kamar untuk menerima hadiah dan sijil.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Ahmad Bin Ishak atas kesudian menyampaikan hadiah dan sijil kepada penerima.

Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan acara,  majlis dengan hormatnya mempersilakan Presiden KSKF, En Nukman Bin Hashim untuk menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Ahmad Bin Ishak, Ketua Pengarah FAMA.

Mengakhiri majlis perasmian pada pagi ini, Majlis menjemput En Nukman Bin Hashim untuk mengiringi Yg Berusaha Tuan Haji Ahmad Bin Ishak, Ketua Pengarah FAMA untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan di Kafe Lazaria. Sementara itu, ahli-ahli kelab yang lain diminta untuk kekal berada dalam dewan bagi meneruskan agenda Mesyuarat Agung KSKF Kali Ke 32 Tahun 2012.

Sekian, terima kasih.




No comments:

Post a Comment