Percutian ke Kota Kinabalu

Sepatutnya entry ni dah lama aku masukkan dalam blog ni, tp sebab dek kekangan kerja n waktu yg x mengizinkan baru sekarang aku sempat nak coretkan kt sini, sebelum ni dok berlegar di pale je.. Perasaan yg sepatutnya girang, excited, n gembira sewaktu menulis entry ini telah bertukar dgn apa yg telah terjadi beberapa hari lepas. Sungguh, mood bercuti dan persaan exciting aku hilang entah kemana. Rujuk SINI utk entry penuh.

Walaubagaimanapun, aku tetap perlu teruskan percutian yg aku telah rancang hampir 3 bulan ini oleh kerana tiket flight dan kereta sewa telah pun ditempah awal. Cuma, hotel dan jadual program sepanjang percutian yg masih belum settle. Nak dibatalkan sayang plak tiket flight, yg berjumlah RM541.80. Itupun sebab beli time promo kalau x lagi mahal. So, nak taknak aku kena pergi jugak.

Misi pencarian info dan maklumat berguna mengenai hotel dan aturcara program telah berlangsung hampir 2 bulan. Tapi, sampai sekarang belum ada final decision lagi nak booking hotel mana. Banyak perkara yg perlu dipertimbangkan, tambahan pula ni 1st time kami ke sana. Pelbagai tips dan info yg aku dapat hasil blogwalk. Zaman sekarang ni tak susah pun nak dpt ino n tips berguna, google je ape yg kita nak cari terus semua blog yg berkenaan.

Dalam banyak-banyak blog yg aku jengah, blog yg terpaut kt hati ni antaranya http://alifsobry.wordpress.com/2011/11/
http://dilamin.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=12
http://shahzanhafiz.blogspot.com/2012/10/10-tempat-menarik-di-kota-kinabalu-sabah.html


Perginya Arwah Mak (makcik yg ku kasihi)

   Allahu Rabbi... Tak tau macamana aku nak mulakan, tapi hati aku rasa sayu sgt pagi ni. Semalam, 27 Mac 2013, 15 Jamadilawal 1434H perginya seorang insan yg aku sayang. Dialah mak saudaraku yg paling rapat dgn keluargaku. Aku memanggilnya 'mak' kerana mmg dari kecik aku sgt rapat dgn beliau dan suami (yg ku panggil ayah) Mak adalah kakak ibu kandung aku. Mak adalah teman rapat ibu aku selain aku dan keluarga. Mak sgt baik. Walaupun kadang-kadang mak nampak garang suka bising-bising, tapi sebenarnya hati beliau sgt baik. Beliau tak pandai berdendam. Kalau ada apa-apa majlis keluarga kami, beliau akan bertungkus lumus membantu, walaupun beliau tak la sihat sgt.

Semuanya berbeza sejak beliau mula sakit dalam 2 bulan lps, kami tak lagi seriang dulu. Pada mulanya kami sangkakan mak hanya sakit-sakit kaki biasa. Lama-kelamaan kaki beliau semakin membengkak, bila malam beliau sering mengalami sesak nafas. Namun, beliau sangat sabar, dan tak nak menyusahkan org lain. Beliau seboleh mungkin nak sorok kesakitan beliau, dan biar org nmpk beliau sihat. Ayah telah membawa beliau ke perubatan tradisional, dan beliau dikatakan terkena sihir. Wallahu'alam, hanya Allah yg Maha Mengetahui. 

Semakin hari, kaki beliau semakin membengkak, dan mula mengeluarkan air dari betis. Dalam keadaan terpaksa, beliau dihantar ke hospital dan Doktor suspek beliau mengalami masalah pada buah pinggang. Namun, Doktor masih belum dapat mengesahkan seserius mana penyakit beliau itu.

Sehinggalah hari kelima (26 Mac 2013) beliau dimasukkan ke hospital, selepas dilakukan Dialysis, jantung beliau semakin lemah dan beliau mula tidak sedarkan diri. Ayah dan abg (ank arwah) beritahu kpd kami, petang tu elok je beliau berborak tapi tak lama lps mereka balik utk amek bantal arwah, doktor call suruh ahli keluarga dtg hospital. Masa tu aku sempat melawat beliau, tapi ibu n adik temankan beliau disamping ayah dan abg. Pagi esknya, 27 Mac 2013 @ 6:24am, adk msg 'Mak lg 20minit.dktr tga cube pam..nadi mak dah xde kak.' Setelah 20 minit, adk msg lagi 'Akk,mak dh xde kak.'

........................................................................................................................................

Aku sempat sampai ke hospital sewaktu arwah belum dimandikan. Alhamdulillah, aku sempat berbakti pd saat-saat akhir arwah. Aku, ibu, adik, dan che wa(rakan arwah) sama-sama turut membantu memandikan jenazah. Perasaan yg sukar aku gambarkan dgn kata-kata. Ini adalah pengalaman pertama aku, tak tau dari mana dtg kekuatan dan hilang segala ketakutan, mungkin kerana rasa kasih dan sayang mengatasi segala perasaan itu. Setelah selesai memandikan jenazah, upacara solat jenazah juga turut disempurnakan di bilik mayat, PPUM.

Selesai solat jenazah diimamkan ustaz di hospital, jenazah terus dibawa ke rumah nenek (mak mertua arwah) di Kundang, dan seterusnya dibawa ke masjid untuk disolatkan selpas solat Zuhur.
Usai disolatkan, pengkebumian jenazah diuruskan oleh keluarga ipar arwah di Tanah Perkuburan Sri Kundang. Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar dan dipermudahkan. Cuaca pada waktu pengkebumian itu pun sangat baik. Tanah berlebih. Semua dipermudahkan. Alhamdulillah, bersemadilah mak dgn tenang disana. Semoga Allah ampunkan segala dosa mak, dan tempatkan mak di kalangan orang-orang yg beriman. Amin.. Kenangan yg mak tinggalkan akan kami kenang sampai bila-bila. Al-fatihah kami kirimkan pengganti rindu yg menggebu pada mak. 

Petua Mematahkan Sihir

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar korang-korang harini, semalam n kelmarin? Harapan saya agar semuanya dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Pada petang Isnin yg tenang ni, jari-jemari saya tergerak utk kongsikan dgn korang-korang tentang satu ilmu yg mungkin nmpk enteng tapi penting utk sesetengah individu yg mengalami masalah yg berkaitan.

SIHIR adalah perbuatan dan amalan syirik yg patut dihindari oleh umat Islam. Namun begitu, dalam era moden ini, terdapat juga segelintir golongan Islam yg masih percaya dan mengamalkan perbuatan syirik ini bagi tujuan tertentu.

Berikut ingin saya kongsikan beberapa amalan yg boleh di amalkan utk menghindari dan mematahkan Sihir, dengan izin Allah.


  1. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk sepanjang hari, kerana selagi kita masih dalam wudhuk, In shaa Allah selagi itulah Sihir tidak dapat menembusi.
  2. Amalkan meminum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat Syifa', minum air tersebut dan baki 3/4 air siram ke atas kepala. Jika sihir yg baru kena in shaa Allah akan gugur.
  3. Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dgn tandas, baca ayat qursi dalam hati, siram air limau itu bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi, kain basah jgn diperah dan badan jgn dilap, biarkan ia kering sendiri. Lepaskan kain basah ke bawah, jgn membuang kain basah ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai dimana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah, sukar terkena sihir/niat jahat buatan manusia tidak beriman. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan terasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yg menggetarkan gelombang yg tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu, in shaa Allah ia akan keluar dari badan kita. 
  4. Amalkan membaca surah Al Jin setiap malam.
  5. Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas Subuh dan Asar. 
  6. Untuk mengelak rumah dari disihir, ambil segenggam garam, baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda. 
  7. Tidur dgn berwudhuk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagar diri. 

Jalan-jalan Johor #2

Assalamualaikum dan selamat pagi semua! eh silap, selamat sejahtera..

Harini mood terasa tak berapa best nk buat keja..memandangkan jam analog di pc pun menunjukkan waktu 12:34. Memang berat lah kan mata ni. Lagipun, tengahari ni nak balik umah jap.. teman en hubby amek baju n suar coz ptg ni ade trening futsal. Sambil dok tunggu si dia, mari kita update blog! haha..

Kalau korang still ingat ngn post entry saya pasal jalan-jalan johor tu, haa meh nak cite sambungan dia. Pada yg belum pernah baca tu, klu nk lg best pekata korang g baca dulu kat SINI Saje nak suruh korang baca sbb korg kan tgh xde keja.. hehe

Ok, sambungan dari kisah itu, malam lepas kitorg lepaking makan angin kt Danga Bay tu kami pun gerak la balik ke hotel. Sepanjang perjalanan, kami sempat la lalu Pasar Karat dan tgk signboard Singapore. Sedih tak? Huhu..tapi itulah kenyataannya, lalu je xsempat nak singgah sbb my lil princess Amna dh ngamuk nk tido. Si kecik ni dh biasa tido berbuai. Mmg susah la nak tido selagi tak masuk buai. Itu ok! Yg tak ok nye, dia akan meragam laa bile dah ngantuk. Mintak dibuai! Huhu.....

Sampai je hotel, mcm biasa bersihkan badan dulu baru blh tido. Macamtu jgk la dgn si kecik ni, memang rutin every night, sebelum tido, mmg saya akan tukar baju, seluar, n pampers, bersihkan montot, cuci muka, basuh tgn n kaki, urutkan minyak baby pada badan, kaki dan tgn, sapu vicks pada dada, hidung belakang n tapak kaki baru masukkan dalam buai. Dalam buai tu plak, mmg wajib la kena ade 'why' n susu..

Dia sendiri yg bg nama 'why' tu... pandai je kan anak ummi nie... Yes, 'why' tu mmg wajib..haha... nk tau ape 'why' tu? Ha...ni lah dia....
*sentiasa kena ada..dh mcm best fren dh mrk nie.. klu nak cuci 'why' dia ni smpi kena ckp 'why' mandi.. pastu ade lak kena ganti dgn yg lain..*
haa...ni lah gantinya....which she calls              
'bear-bear'
Ok, my hubb dh msg.. So nanti saya sambung dalam next entry k.. Bai..

Solemnization Tina & Rafiz

Assalamualaikum..

Hye readers, u all ok x? hopefully, korang smua sihat n happy selalu. Harini, one of my bff's time study kt IPB dulu nikah. Tomorrow, 2nd March 2013 is her wedding. In shaa Allah, esk iekin akn ke sana. Tak sabar nak tengok she sanding with her soulmate, and rindu sgt nk meet up all my bff yg akan attend wedding esok. Lagipun, lame jgk la ketemu laga pipi ngan dorang. Sebelum ni pun, wedding member-member ramai yg iekin x sempat attend. Sedih!! So, yg kali ni memang awal-awal dh save the date kautim ngn mr hubby. Walaupun pg tu kami akan ke rumah mertua, tp ptg tu in shaa Allah we will straightly attending her event. See yaa beauty bride, Tina. Semoga majlis tina berjalan lancar seperti yg dirancang...amin!



FEBRUARI DATANG LAGI

Alhamdulillah.. Februari datang lagi dan harini dah masuk 21 haribulan. Serius, aku sangat sayangkan tanggal tarikh ni coz banyak perkara yg sweet yg berlaku pada 21 hb.. *selain dari no.11, no. 21 nie kira no feberet kami hubby wifey la..hehe*

Post entry kali ni aku dedikasikan khas buat si dia. *jantung hati, sweet sour, ucuk acamku* coz today is our 3rd anniversary. Alhamdulillah, time fly so fast.. dulu sorang, then berdua, now bertiga.. 

Tiba-tiba rasa terusik kalbu ni. Ingat lagi 3 tahun lps, dlm waktu lps asar, kami diijabkabulkan. Masjid Al-Jumhuriyah menjadi saksi waktu sidia menikahi aku. Macam-macam perasaan bercampur-gaur tika dan saat itu. *pehh..karyaku* Happy sbb bakal dinikahi oleh seseorang yg kita sayang, cinta. Debar sbb menanti saat diijabkabulkan tu. Sedih dan terharu sbb waktu tu kita bukan lagi hak mutlak dan tanggungjawab ibu bapa kita. *sob-sob*

Walaupun baru 3 tahun usia perkahwinan kami, si dia banyak mengajar aku menjadi insan yg lebih baik dan mematangkan diriku yg agak kebudak-budakan ini *manja lebih sebenarnya..ahakzz!!*. Biasalah, dalam melayari bahtera rumahtangga ni, tak semua yg manis kita kena telan, ada jugak terselit kemasinan, kelat, pahit, maung, masam yg kita rasa. Tapi, semua tu hanyalah dugaan kecil sbg selingan utk kita terus melayari bahtera itu. Suami sbg ketua yg mengemudi, dan isteri sbg pembantu yg juga menjadi permaisuri hati suami, anak-anak yg menjadi nakhoda kecil yg meneruskan hala-tuju yg telah di pandu oleh sang ketua. Semoga kita saling melengkapi dalam melayari bahtera cinta kita. Semoga bahtera cinta kita sering dalm lindungan dan rahmat Allah. *Semoga Allah murahkan lagi rezeki yg barakah utk kita.. In shaa Allah.. Amin..

Bersempena dgn anniversary ni jgk, aku nk dedicate koleksi gambar dari time berkawan dulu *yg mana sidia pun tatau aku still simpan..hehe* kalau korang rasa loya-loya o mual-mual pleaseeeee do not scroll down okeh! 

*gambar time de program dalam jabatan-time ni lom couple lagi, baru maen tarik2 tali-hehehe*
*captured time layan football match frenly msia vs mu-teman tapi mesra*
*captured time layan football match jgk-time ni sgor lwn mane ntah , lupe daa...*
*dlm keta - otw balik dari majlis pertunangan bff, mija-in relationship*
*captured at Pangkor Island balik dari wedding twin bro-engage oledy*
*birthday present yg plg aku syg dari sidia-yg sketch tuu*
*bercanda di lakeview Putrajaya-in relationship*
*majlis pernikahan di Masjid Jumhuriyah, Tmn Dato Harun*
*tgh khusyuk dgr nasihat tok kadi ni sebelum diakad*
*Alhamdulillah..dgn sekali lafaz aku sah menjadi milik si dia*
*Alhamdulillah..si dia dh SAH memiliki aku*
*wang hantaran dari si dia utk ku*
*mas kawen*
*muka happy seyyy dh selesai akad..hilang nerbes...pheww!*
*married*
*happy family till jannah...amin*










* nota kaki utk en abe : Sempena dgn ulangtahun perkahwinan kita syg ada surprise utk abg... Tungguuu!!!! Okeh, dah kul 1 pm, jom kita lunch *pre-celebration* dulu ekk.. hehe.. 

Losyen Slimming Felinna Inchloss


Assalamualaikum.. Harini saya nak share 1 produk slimming ajaib yang saya dah guna and jual. Tidak asing lagi, inilah dia........


Saya dah guna produk ni lebih krg 3 bln, dan hasilnye mmg banyak la yg kurang esp padaa inci... yg paling ketara seluar jeans size 32 dah blh fit..klu dulu jgn harap la kan! Sekarang ni sy stop dulu guna kat perut n punggung sbb ade 'planning' lain..hehehe... tapi kt lengan n paha xde masalah klu nk sapu.. 

Ok, sebelum saya merepek meraban lebih jauh lagi, meh saya share sket info tentang produk 'magic' ni. Check it out..!!

KELEBIHAN PRODUK FELINNA INCHLOSS BERBANDING PRODUK LAIN:-

1. Berbau wangi.
2. Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita.
3. Bayaran untuk penggunaan selama 2 bulan.
4. Tidak mengandungi bahan kimia.
5. Hanya perlu sapu losyen pada bahagian badan seperti lengan,perut,paha dll.
6. Boleh digunakan untuk wanita hamil, menyusu dan gastrik.
7. Mengambil masa kurang dari sebulan untuk keberkesanan.
8. MUDAH, CEPAT DAN BERKESAN!
9.Mendapat kelulusan KKM.

PENGGUNAAN FELINNA INCHLOSS:-

1. Sapu losyen pada bahagian badan sekali atau 2 kali sehari selepas mandi atau sebelum tidur.
2. Sesuai untuk lelaki dan wanita.
3. Tidak perlu diet berlebihan, lakukan aktiviti harian seperti biasa tanpa perlu risau bau kerana produk ini wangi...

Sebenarnya banyak lagi, tapi nanti-nanti saya update lg k.. sbb saya tau korang-korang ni bknnye rajin sgt nk baca pjg-pjg..hehe.. btw, kalau korang berminat mcm biasa la yer.. contact sy di SINI

nota kaki : wassap/msg/viber/call 017-2574861 for quick reply. TQ

Bye-bye 2012, Welcome 2013..!!

Alhamdulillah, harini adalah entry terakhir tahun 2012. Esok akan menjelma hari baru di tahun baru. Banyak sangat kenangan manis dalam tahun 2012 ni, rasa sedih n sayu pun ada juga nak say goodbye to 2012. Walaupun banyak kenangan manis, ada juga kenangan pahit yg terselit disebalik kemanisan 2012. Namun, kepahitan yg sedikit itu akan ku jadikan 1 pengalaman dlm hidup. 

Alhamdulillah, boleh dikatakan hampir kesemua azam saya pada awal tahun 2012 telah berjaya  dicapai. Mungkin kesabaran, kegigihan dan sokongan keluarga terutama ibu dan suami yang membuatkan saya berjaya merealisasikan azam dan impian saya. 

Ok, bersempena dgn tema radio Hot fm harini "Terbaik 2012", ingin saya kongsikan disini pencapaian terbaik saya pada tahun ini. Banyak sebenarnya peningkatan dari tahun 2011. Antaranya  dalam aspek perniagaan sampingan yang saya buat. Kalau tahun lps saya baru berjinak-jinak dgn dunia bisnes, dalam tahun ini saya berjaya mengembangkan lagi sayap bisnes saya dengan menjadi pengedar produk berjenama besar seperti Aura Alena, SNE Beautskin, Felinna Inchloss, Suria Secret Ramping Balm, Cocoa Collagen Power Plus, GIFFARINE, S.I.Y dan terbaru produk SHAKLEE. Alhamdulillah, dengan rezeki yg saya terima, saya kongsikan dgn rakan-rakan yg buat bisness dropship dgn aku. *IKLAN JAP-sape-sape yg berminat boleh hubungi saya k..*

Selain dari segi material, apa yg lebih penting adalah bila melihat anak saya membesar dgn sihat dan semakin bijak. Walaupun kadang-kadang lasaknya menguji kesabaran jgk tapi bila tengok keletah dan cerdik dia hilang rasa penat. Itulah anugerahNya yang tak ternilai, puteri kami Nur Amna Qistina. 

Well, selain dari pencapaian yg terbaik, saya nak share lah lagu terbaik yg saya rasakan paling 'berhantu' dan yg paling tangkap hatiku bila mendengarnya. Lagu tersebut adalah lagu 'Teman Pengganti' nyanyian Black Mentor ft Malique. 

*pict credit to Daku Amat Menyintai Mu*
Sungguh! Saya tak boleh dengar lagu tu, bukan sebab saya tak suka tapi sebab saya minat dan sedih sgt bila dengar lirik lagu tu. Disebabkan lagu Teman Pengganti ini mendapat tempat ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 2012, saya harap sangat lagu tu akan menjadi Juara Lagu pada tahun ini. 

Selesai dengan lagu terbaik 2012 anugerah saya sendiri, now it comes to makanan favourite aku tahun 2012, which saya pasti ianya juga menjadi favourite suami saya. Tak lain tak bukan... tadaa....

*pict credit to openrice.com*
Hahaha..because we always spend time having lunch here.. Nyum-nyum..

Okeylah, rasanya cukup lah post entry ku buat hari terakhir pada tahun 2012. Apa yg saya harapkan, semoga azam dan impian saya pada tahun 2013 juga akan tercapai nanti. Amin... 

Jalan-jalan Johor #1

Assalamualaikum...

Hai korang-korang pembaca blog yg setia baca post entry ms iekin. Sorry coz dah agak lame x update story yg best-best kt sini. Ms iekin bz sket lately.. Actually, Ms Iekin baru je balik dari holiday... *bz-bz pun sempat gak tuu coti-coti msia*

Tak la jauh sangat pun, cuma g Selatan Msia jer.. *Ahakzz...xjauh la sgt!*

Perjalanan bermula dari rumah mertua di Banting, Selangor lebih kurang pkul 9 pagi pada 23hb Dis, n sampai di Danga Bay, JB lebih kurang kul 3 lebih camtu la.. sebab banyak menyinggah kan.. hehe.. Sempat la singgah Ayer Hitam jap cuci-cuci mata tgk seramik, bunga, bear, n mcm-mcm lagi lah! *psstt..brg persiapan kawen pun banyak.. dah macam kt Nilai pun ade.*

Ok, sambung story, sesampainye kat Danga Bay, kami lepaking medang-medang (in bhs Jawa yg klu bhs melayu nye minum-minum) dulu kt beach side rest called Restoran Bawang Merah. Ms Iekin cuma order air suam n set tauhu bakar, which RM5/set.

Selesai medang-medang kami mulakan pengembaraan yg cukup mencabar, which finding for hotel to stay. Haha..serius thrill uollss..! Pegi during peak season *Cuti Krismas* n tak booking hotel plak. Hamekkaw!! Hampir semua hotel yg Ms Iekin google kt area JB, fully booked!! sampai hotel bajet pun full house! Tapi, alhamdulillah rezeki amna, ada 2 bilik kosong di Hotel Aman Sari, which located at center of JB. Tu pun main redah je Walk in, nasib baik la kan.. So kami pun menginap di sana untuk 1 malam.

Malam tu lps rehat-rehat kami ke Danga Bay lagi utk dinner, n jalan-jalan mkn angin.. yeah, dan FIL memilih Restoran Bawang Merah lagi.. lepas dinner, jalan-jalan jap n posing fotogedix kt tepi laut.. n then going back to hotel.

Ok, nak stop jap nanti Ms Iekin sambung story dlm next entry k.. Sampai jumpa lagi...

Ooooppppss, sebelum tu jom layan gambar fotogedix Ms Iekin n family kt Danga Bay








 












Petua Isteri Sentiasa Cantik Menawan

Assalamualaikum..

Harini saya nak share ngn korang-korang TIPS utk isteri-isteri kekal cantik menawan dan sentiasa kelihatan anggun di mata suami. In shaa Allah, marilah sama-sama kita amalkan..

1. Selepas solat Isya', ambil segelas air, baca Al-Fatihah 1kali, Al-Qursi 1kali, dan Surah Al-Waqi'ah   ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

* Makna Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38:

..Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.

Wallahu'alam..