Penemuan Tergempar - Batu Sijjil Albabil

Assalamualaikum..

Gempar harini di ofis kisah penemuan batu yang dikatakan merupakan batu yang digunakan oleh burung Ababil utk menghancurkan tentera bergajah (pasukan Abrahah) yg menyerang kota Mekah pada suatu ketika dahulu.

Dalam al-Quran - surah Al-Fiil, ayat 4, dinyatakan bahawa burung Ababil melempar batu dari Sijjil kpd tentera bergajah sehingga hancur bagaikan daun-daun yg hancur dimakan ulat. Diceritakan juga, ketika tentera bergajah itu terkena batu ini badan mereka akan melepuh.

Apa yg ingin saya kongsikan disini adalah tentang berita seorang rakyat dari Arab Saudi mengaku memiliki sebuah batu berjenis 'SIJJIL' tersebut. Lelaki yang bernama Shalih Masfar Al-Ghamidi mengaku menemukan batu yang sudah berusia 1442 tahun itu di sebuah kawasan di Arab Saudi.   Persoalannya, benarkah ini batu burung Ababil? WallahuA'lam.. Hanya Allah yg Maha Mengetahui..

Untuk tatapan, saya attachkan foto di bawah ni.. SUMBER






Langsing dengan S.I.Y

Assalamualaikum...

Mode malamni sgt busy sebenarnya *bajet menteri je bz memanjang tapi sempatkan jgk nk story kt sini tentang pengalaman aku sepanjang consume S.I.Y ni. Pada yg baru 1st time dengar / baca fasal S.I.Y pleaseeeee kurayu baca la sampai habis entry ni okeh! *cehh..macam la ade yg bace entry ni..huhuhu..



Ehem, pada yg mengikuti cerita dan kemerepekan saya dari awal mesti ingat fasal cabaran saya untuk kurus kan? Pada yg xtau menau tu haa meh sini baca entry mak jemah yg ni 

Ok, dh habis baca dh? huhu..sedihkan? But, actually it was the good reason why I am what I am today. Huh! mesti berbelit lidah uolls kn.. I dont think u all need translation kn sbb u all kan bijak bestari.. hehe.. Psstt..klu u all nak tau, apa yg I cakap dh jd kenyataan tau sekarang ni pompuan tu dah gemss la.. *pompuan yg pernah menggelar aku TONGDRUM tu dh dpt balik gelaran tu..haha n maybe she need S.I.Y right now..no offends, if u need consultation pls call me okeh! haha..

Back to top *Sebelum haku melalut lbh lama* meh sini nak citer fsl S.I.Y... S.I.Y ialah produk pelangsingan badan terbaru dan terhangat di pasaran. Dengan diet pengambilan S.I.Y anda tidak perlu menahan lapar dan selera makan kerana S.I.Y bukanlah produk pengganti makanan seperti kebanyakan produk pelangsingan yg terdapat di pasaran abad ini.

S.I.Y merupakan produk yg terhasil dari herba semulajadi yg sesuai untuk lelaki dan wanita yg berhasrat menurunkan berat badan. Antara sebab-sebab kenapa S.I.Y menjadi pilihan saya adalah :

Sebab 1:
SIY telah terbukti berkesan, mudah, cepat dan selamat.

Sebab 2:
SIY dihasilkan 100% daripada herba semulajadi, yg memudahkan tubuh bertindak balas dgn SIY dan bebas daripada behan pengawet dan kimia.

Sebab 3:
SIY sangat sesuai untuk semua golongan sama ada lelaki / wanita yg berumur 15 tahun keatas.

Sebab 4:
SIY dpt menampakkan kesan yg pantas dalam 10-20 hari penggunaan

Sebab 5:
Rasa SIY adalah seperti jus prune dan berries.

Sebab 6:
SIY senang diminum dan dibawa kemana-mana kerana ia tidak perlu dibancuh (xyah nak shake-shake bagai) dan saiznya yg kecil.

Sebab 7:
SIY telah dihasilkan daripada teknologi nano dari Jepun yg sungguh berkesan. Banyak produk telah dihasilkan daripada teknologi Nano ini. Ia sungguh berkesan dalam proses penyingkiran lemak tepu dalam badan.

Sebab 8:
SIY tidak memberikan kesan sampingan ke atas tubuh badan.

Sebab 9:
SIY tidak bersifat kebergantungan. Dengan pengamalan SIY dan pengambilan diet seimbang, berat badan yg berkurangan tidak akan naik kembali.

Sebab 10:
SIY dapat menyingkirkan perut buncit, dapat mengawal rasa lapar dan merangsang tubuh menyerap zat makanan dgn lebih baik.

Sebab 11:
Produk SIY telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Sebab 12:
SIY tidak perlu senaman yang melampau dan tidak perlu tekanan diet.

Ok, cukup dululah 1st review saya fsl S.I.Y, insyaAllah nanti saya sambung lagi ok syg2x saya.. Ooopss, cuma nak tambah sket kalau ade yg tergerak hati nk try n kurus dengan S.I.Y bolehla contact saya di SINI jgn malu jgn segan k, sy akan consult sampai u all berjaya, InsyaAllah.. 

Sebelum berpisah, meh layan beberapa keping gambar ni..









OOooooooopppppsssss... promote produk kurus tp kenapa smua gmbr gemss....????!!! ngeee... don't get me wrong ok?! this was me once upon a time which 3-12 months ago.... nantikan gambar latest saya SELEPAS berS.I.Y (Slimming It Yourself) dalam next entry okeh lalings..TQ 


Muat Turun/Download Borang BRIM 2.0 - Bujang (RM250) Isi Rumah (RM500)

Assalamualaikum...

Seperti yang diketahui ramai, borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) boleh dimuat turun mulai 1 November 2012. Kepada penerima-penerima BRIM 1.0 tidak perlu lagi untuk mengisi borang tersebut. Berita baik, BRIM 2.0 juga diberikan kepada individu bujang yang berumur 21 tahun keatas.

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan untuk pemohon bujang dan isi rumah:

INDIVIDU (BUJANG) :

1) Warganegara Malaysia

2) Berpendapatan RM2,000 kebawah sebulan

3) Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250

ISI RUMAH :

1) Warganegara Malaysia

2) Berpendapatan kasar RM3,000 kebawah sebulan

Untuk muat turun / download borang BRIM 2.0 sila ke SINI boleh juga memohon secara online di SINI

Hanya Yang Maha Mengetahui

Assalamualaikum..

Walaupun story ni dh agak lama tapi baru berkesempatan nak update. Sesuatu telah terjadi pada tanggal 10 September 2012. Bermula pada 7 hb (hari Jumaat) saya mengalami rasa kurang sihat. Terus ke klinik panel berdekatan opis. Dr yg memeriksa kesihatan sy mengesahkan sy demam. Sambil-sambil tu terasa nak scan baby skali lah sbb so far ni kandungan baru mencecah 10m 3d, belum pernah scan pun. 

Setelah diperiksa, jantung saya terasa berhenti seketika tatkala Dr mengatakan saiz janin masih belum kelihatan, tak sesuai dgn usia kandungan. Selesai melakukan proses Ultrasound, saya kembali ke sisi meja Dr. Dr menjelaskan situasi tersebut dan juga possibility yg bakal terjadi. Saya diberitahu bakal ada dua kemungkinan disebalik kejadian ini. 

First, mungkin usia kandungan saya lebih kecil berbanding yg sepatutnya, dimana tarikh due date akan dipanjangkan sesuai mengikut pembesaran bayi. Dalam erti kata lain, instead of 10w 3d, mungkin kandungan saya baru 7-8w, which make me feel lega bila dgr yg ni. 

Unfortunately, there is 2nd possibility, which my pregnancy might fail. Dalam erti kata lain, production tak menjadi. Dalam masa seminggu akan berlaku pendarahan. Serious, tak tertahan air mata saya menitik tatkala mendengar 2nd possibility ni. 

Lepas berbincang dgn en suami, saya berasa lebih tenang dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Seperti yg diberitahu Dr tempoh hari tentang Kemungkinan no 2. Isnin malam, 10hb saya telah mengalami minar bleeding or actually dot bleeding je. sbb mmg 1 dot je yg bleed. Without any prejudice, I went to clinic straight away and Dr mengesahkan saya miscariage dan dinasihatkan utk buat d&c dek kerana darah yg keluar x habis. 

Keesokan harinya saya ke Hospital Selayang. Ingatkan senang je prosesnya. Tapi sebenarnya susah  jugak. Disini timbul kemusykilan kenapa lah ada insan yg sanggup menggugurkan kandungan dengan sengaja kan. Tak sedih ke mereka? Menggugurkan janin dari rahimnya sendiri. Memang tak dapat digambarkan perasaan saya waktu itu. Sebak! Sesungguhnya saya telah mula menyayangi janin itu walaupun masa tu baru 10 minggu. Tapi sekali lagi, saya redha kerana saya tahu hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala yg diberikan kepada hambaNya. 

Go Genting!

Assalamualaikum..

Masih dalam mood raya, raya tahun ni kami bertiga *aku, En Ensem, n Amna insyaAllah, raya tahun dpn dh berempat. Minggu ni family mertua saya nak datang beraya ke rumah. Lama gila kot mereka tak ke rumah, last datang masa kenduri doa selamat n kenduri masuk rumah raya tahun lepas. Hameekk!! Setahun telah berlalu...Syawal datang kembali..ewahh! hehe.. 

Seperti kebiasaanya, kalau mertua saya datang rumah saya o tak kire lah rumah sedara-mara ke mesti nak jalan-jalan. So, kalau di rumah saya ni, Genting la yg paling dekat n best kot nak bawak mereka jalan. *walaupun hanya jalan-jalan.tak main pon!

Disebabkan Gneting dgn rumah saya sangat dekat, dalam setengah jam kami dah sampai ke cable car! Seperti yg dinyatakan diatas *perghh, gile skema ayat aku dh mcm karangan bm lak.. kami hanya jalan-jalan, naik cable car, hirup udara sejuk kt ppuncak Genting, n bawak Amna main Indoor games. Gambar pun tak banyak snap sbb kamera bateri kong. Aiyakk! Dapat ler beberapa keping nie.... 

*En Ensem..Me..n Si tenit Amna*

*View dari cable car yime ni baru nk naik

*Dah lepas 3 point rasenye

*Subhanallah..indahnya ciptaan Allah!

*Time ni aku dah rase nk terkucil terbeber smua ade 

*Amna yg sgt ssh berfotogedix

*Time die dh pndg blurr la plak..huhu

*Sangat lasak dan tak mau dipegang

*weeeweeee...

Raya Weyy!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa akhirnya Syawal menjelma tiba. *Huh..bkn kau puasa tak cukup sebulan ke?? Raya tahun ni berpihak kepada En Hensem. Yer, tahun ni aku raya kampung beb!!! *walaupun kt banting je atleast kg la jgk dari kt pj.huhu.. 

Basically memang paling seronok beraya di rumah keluarga sendiri, tapi beraya di rumah mertua takde la teruk sangat. Kebiasaannya, selama 3 tahun beraya dgn suami ni, kalau turn raya di rumah mertua, di Banting, hari sebelum raya aku akan berada di rumah keluarga aku dulu utk membantu ibu aku membuat persiapan awal Syawal, tapi malam raya aku dah berada di Banting. 

Kalau turn aku beraya di PJ pula, aku akan ke Banting tengahari raya pertama tu, just utk menziarah keluarga mertua tapi lps tu balik PJ semula. Macam tu la seterusnya. Best kan? So takyah gaduh2x, main osom2x, masam2x muka.

Perbezaan yg jelas terasa dari segi sambutan la. Kalau kat PJ, ramai org balik kg. So kami akan berkunjung rumah sedara-mara yg ade kt KL je la. Pernah dulu, raya pertama kami di muzium negara uollss...time tu kecik2x lagi lah.. Siap booleh g zoo.. Shopping mall mmg dh biase sgt la. Yg bestnya jalanraya time tu confirm tenang. Boleh menari salsa lagi kot..huhu

Berbeza dgn di Banting, sambutannya sangat lah lain.. Seawal-awalnya dh stanby sambut tetamu dpn rumah. Tahun ni lagi kelakar! Tak sempat kitorang nak bermaafan lagi dah terima tetamu. Lagi yg lainnya, juadah, tuturkata *dialek jawa dan cara bersalaman kat sini very different. Alhamdulillah, aku bersyukur krn diberi peluang berkenalan dan bertemu jodoh dgn En Ensem. Dapat lah aku merasa pengalaman dan belajar sesuatu yg baru dalam keluarga ni..


Rezeki Allah

Assalamualaikum..

Kita teruskan dgn marathon telenoveblog harini. Sambungan dari kisah di klinik. Saya diberikan vitamin Acid Folic dan dinasihati utk menjaga kesihatan dan kandungan. Saya dan suami menerima khabar ini dgn hati yg senang.

Walaupun planning utk 2nd pregnancy kalau boleh lepas amna *my 1st princess yg dh berumur 1y 3m 2 tahun, tapi kami turut gembira dgn anugerah ALLAH yg telah memberikan rizki Ramadhan lagi kpd kami. Amna dulupun pregnant time bulan puasa. 

Tak ramai pun yang tau perkhabaran ini. Cuma ahli keluarga dan rakan terdekat jer.. *sbb org ckp benda baik ni tak semua org suka especially org-org yg busuk hati n cemburu tgk org lebih sket. 

Alhamdulillah, semua berjalan baik. Kandungan kedua ini agak berbeza dgn time amna dulu sebab alahan kalini kuat sangat, ibadah puasa turut terganggu. Saya akan muntah setiap kali perut kosong dan selepas makan. Ermm...camne tuh? Kalau biar perut kosong muntah! Makan kang muntah lagi! Akhirnya saya makan jugak! Nasib baik la boleh makan jugak walaupun lepas tu muntah balik.

Pada awal kandungan saya lebih gemar makanan masam. Cuba tengok gambar bawah ni. Confirm uolls terliur kan? Haa ni lah favourite saya. Untuk mengelakkan situasi yg tak diingini, dalam kereta, dalam freezer, dalam beg mesti ade stanby mende ni taw. mesti! Yang tak tahan tu member opis *geng jemahs gojess pun boleh terjebak sama! 

*abaikan rupa asam yg dh dinyonyot tu..huduh benor!hehe..







Telenovela.. KisahKurus #2

Assalamualaikum..

Sambungan dari kisah kurus #1 yg antiklimaks tu.. 


Saya merasakan jeans saya ketat semula dibahagian perut. *E'eh..takkanla badan aku naik balik kot..tak mungkin...puasa aku pun masih penuh.....malam aku makan pun sikit jer...musykilmusykil....!

Perasaan saya waktu tu agak pelik la jugak kan, takkan tiba-tiba je boleh g***k balik *saje je taknak sebut perkataan tu..sensitipp! Ok, hari demi hari saya mula rasa risau dgn period yg tak kunjung-kunjung tiba. Selepas 2 minggu saya nekad utk ke farmasi. Cari dan terus mencari. Dah jumpa, terus bayar. Dah bayar terus balik opis. Dah sampai opis terus masuk toilet. Dah masuk toilet terus tergamam. Dah tergamam tu terus kuar toilet g tempat member, wani. *nape aku jumpe die? sebab die je yg tau aku g beli mende tu kt farmasi tadi, so dah tentu die nk tau ape jadi slps itu kan? hehe.. Dah tarik wani kt toilet. Dah lepas wani pun fikir ape yg saya fikir...ermmmm...dah confirm la tuh!! Nah tengok ni, korang rasa apa jawapannya?? 

*walaupun imej 2nd line tu agak kabur tapi aku masih tak sedap hati..

Jadi, seminggu selepas kejadian yg mencemaskan itu saya pun pergi ke klinik berdekatan opis ditemani en hensem. Memang lama lah kalau dah kata gi Klinik Dr Dahlia. Memang ramai org yg menunggu giliran. Akhirnya setelah terkuap-kuap dan mata mula berair, nama saya dipanggil. Lepas prosedur amek urine test, Dr Ayu yg merawat saya itupun mengesahkan bahawa ..."tahniah, puan hamil 6 minggu." Saya dan suami berpandangan dan saling tersenyum. 








Bermula Di Sini.. KisahKurus #1

Assalamualaikum..

Saya teringat pesan seseorang yang amat saya kagumi, bondaku segalanya perlu bermula dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim.. 

First of all, saya nak story fasal kurus dulu. Moleh?? Haa.... mesti ramai yg sensitip kan klu cite bab kurus ni.. Korang ingat lagi tak post saya fasal cabaran yg kononnya tercabar sangat tu kn.. *Urmm...ko hengat dorang nak amek tau sgt ke cabaran ko tu haa?? Huhu, kalau ade yg nk cabaran ape, haa meh sini g kt post ni.

Haaa.....apa perasaan korang bila baca post tu? Terkejutkan? Yer....15 kg's lg time tu saya kena buang! Tapi uolls ingat iolls ni hot-hot chicken shit je ke nak turunkan berat haa?? huhu.. *pada yg tak paham ngan phrase tu sila translate sebijik2x dlm bm blk ye..kewkewkew....

Ouh, mmg silap besar la kalau uolls ingat macam tu sebab iolls nak cite ni iollss dah berjaya turunkan berat sebanyak 9kg's tau dalam masa 2 minggu time bulan puasa haritu. *ciwawaaaaa..vangga giler kau kan!!....

Huhu..bahagianya waktu tu..setiap 3 hari kot saya naik penimbang n main ukur-ukur pinggang. Sape tak bahagia beb, baju tshirt n suar jeans Romp yg saya start pakai sebelum kawen dah terasa longgar der! Sayapun terus diulit mimpi yg lena setiap kali malam menjelma.. 

Sehinggalah pada satu pagi yang hening. . . *jengjengjeng....macam telenovalis plak!huhuhu 

Ok, kita continue dalam next entry yer..baru la suspens sket! *Adoiyaiinyepunnn.... Aku taksuka antiklimaks laa...!!!

Rindu Yang Menggebu

Assalamualaikum..

Ok, tak tau nak mulakan dari mana. Tapi, sesungguhnya saya amat rindu utk bergoblog. Betul ni, SUMPAH tak tipu! Rindu sgt nak berwalk blog dan merepek di blog sendiri. Banyak sangat benda nak share. Well, as u see dah lam kan saya x posting benda baru. Last update masa bulan Ramadhan yg saya share resepi tu kan kan... *Huh!!bajet macam ade org baca entry kau je..but ade aku kesah??!! hahha..

Betul, saya dah rindu sangat dgn awk wahai blog..! Tapi macamana nak mulakan everything??? *Ok, takpe let's start n kite tgk je la mcmane jadinye story kau tu nanti..hehe bermonolog sendiri plak haku!