Go Genting!

Assalamualaikum..

Masih dalam mood raya, raya tahun ni kami bertiga *aku, En Ensem, n Amna insyaAllah, raya tahun dpn dh berempat. Minggu ni family mertua saya nak datang beraya ke rumah. Lama gila kot mereka tak ke rumah, last datang masa kenduri doa selamat n kenduri masuk rumah raya tahun lepas. Hameekk!! Setahun telah berlalu...Syawal datang kembali..ewahh! hehe.. 

Seperti kebiasaanya, kalau mertua saya datang rumah saya o tak kire lah rumah sedara-mara ke mesti nak jalan-jalan. So, kalau di rumah saya ni, Genting la yg paling dekat n best kot nak bawak mereka jalan. *walaupun hanya jalan-jalan.tak main pon!

Disebabkan Gneting dgn rumah saya sangat dekat, dalam setengah jam kami dah sampai ke cable car! Seperti yg dinyatakan diatas *perghh, gile skema ayat aku dh mcm karangan bm lak.. kami hanya jalan-jalan, naik cable car, hirup udara sejuk kt ppuncak Genting, n bawak Amna main Indoor games. Gambar pun tak banyak snap sbb kamera bateri kong. Aiyakk! Dapat ler beberapa keping nie.... 

*En Ensem..Me..n Si tenit Amna*

*View dari cable car yime ni baru nk naik

*Dah lepas 3 point rasenye

*Subhanallah..indahnya ciptaan Allah!

*Time ni aku dah rase nk terkucil terbeber smua ade 

*Amna yg sgt ssh berfotogedix

*Time die dh pndg blurr la plak..huhu

*Sangat lasak dan tak mau dipegang

*weeeweeee...

Raya Weyy!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa akhirnya Syawal menjelma tiba. *Huh..bkn kau puasa tak cukup sebulan ke?? Raya tahun ni berpihak kepada En Hensem. Yer, tahun ni aku raya kampung beb!!! *walaupun kt banting je atleast kg la jgk dari kt pj.huhu.. 

Basically memang paling seronok beraya di rumah keluarga sendiri, tapi beraya di rumah mertua takde la teruk sangat. Kebiasaannya, selama 3 tahun beraya dgn suami ni, kalau turn raya di rumah mertua, di Banting, hari sebelum raya aku akan berada di rumah keluarga aku dulu utk membantu ibu aku membuat persiapan awal Syawal, tapi malam raya aku dah berada di Banting. 

Kalau turn aku beraya di PJ pula, aku akan ke Banting tengahari raya pertama tu, just utk menziarah keluarga mertua tapi lps tu balik PJ semula. Macam tu la seterusnya. Best kan? So takyah gaduh2x, main osom2x, masam2x muka.

Perbezaan yg jelas terasa dari segi sambutan la. Kalau kat PJ, ramai org balik kg. So kami akan berkunjung rumah sedara-mara yg ade kt KL je la. Pernah dulu, raya pertama kami di muzium negara uollss...time tu kecik2x lagi lah.. Siap booleh g zoo.. Shopping mall mmg dh biase sgt la. Yg bestnya jalanraya time tu confirm tenang. Boleh menari salsa lagi kot..huhu

Berbeza dgn di Banting, sambutannya sangat lah lain.. Seawal-awalnya dh stanby sambut tetamu dpn rumah. Tahun ni lagi kelakar! Tak sempat kitorang nak bermaafan lagi dah terima tetamu. Lagi yg lainnya, juadah, tuturkata *dialek jawa dan cara bersalaman kat sini very different. Alhamdulillah, aku bersyukur krn diberi peluang berkenalan dan bertemu jodoh dgn En Ensem. Dapat lah aku merasa pengalaman dan belajar sesuatu yg baru dalam keluarga ni..


Rezeki Allah

Assalamualaikum..

Kita teruskan dgn marathon telenoveblog harini. Sambungan dari kisah di klinik. Saya diberikan vitamin Acid Folic dan dinasihati utk menjaga kesihatan dan kandungan. Saya dan suami menerima khabar ini dgn hati yg senang.

Walaupun planning utk 2nd pregnancy kalau boleh lepas amna *my 1st princess yg dh berumur 1y 3m 2 tahun, tapi kami turut gembira dgn anugerah ALLAH yg telah memberikan rizki Ramadhan lagi kpd kami. Amna dulupun pregnant time bulan puasa. 

Tak ramai pun yang tau perkhabaran ini. Cuma ahli keluarga dan rakan terdekat jer.. *sbb org ckp benda baik ni tak semua org suka especially org-org yg busuk hati n cemburu tgk org lebih sket. 

Alhamdulillah, semua berjalan baik. Kandungan kedua ini agak berbeza dgn time amna dulu sebab alahan kalini kuat sangat, ibadah puasa turut terganggu. Saya akan muntah setiap kali perut kosong dan selepas makan. Ermm...camne tuh? Kalau biar perut kosong muntah! Makan kang muntah lagi! Akhirnya saya makan jugak! Nasib baik la boleh makan jugak walaupun lepas tu muntah balik.

Pada awal kandungan saya lebih gemar makanan masam. Cuba tengok gambar bawah ni. Confirm uolls terliur kan? Haa ni lah favourite saya. Untuk mengelakkan situasi yg tak diingini, dalam kereta, dalam freezer, dalam beg mesti ade stanby mende ni taw. mesti! Yang tak tahan tu member opis *geng jemahs gojess pun boleh terjebak sama! 

*abaikan rupa asam yg dh dinyonyot tu..huduh benor!hehe..







Telenovela.. KisahKurus #2

Assalamualaikum..

Sambungan dari kisah kurus #1 yg antiklimaks tu.. 


Saya merasakan jeans saya ketat semula dibahagian perut. *E'eh..takkanla badan aku naik balik kot..tak mungkin...puasa aku pun masih penuh.....malam aku makan pun sikit jer...musykilmusykil....!

Perasaan saya waktu tu agak pelik la jugak kan, takkan tiba-tiba je boleh g***k balik *saje je taknak sebut perkataan tu..sensitipp! Ok, hari demi hari saya mula rasa risau dgn period yg tak kunjung-kunjung tiba. Selepas 2 minggu saya nekad utk ke farmasi. Cari dan terus mencari. Dah jumpa, terus bayar. Dah bayar terus balik opis. Dah sampai opis terus masuk toilet. Dah masuk toilet terus tergamam. Dah tergamam tu terus kuar toilet g tempat member, wani. *nape aku jumpe die? sebab die je yg tau aku g beli mende tu kt farmasi tadi, so dah tentu die nk tau ape jadi slps itu kan? hehe.. Dah tarik wani kt toilet. Dah lepas wani pun fikir ape yg saya fikir...ermmmm...dah confirm la tuh!! Nah tengok ni, korang rasa apa jawapannya?? 

*walaupun imej 2nd line tu agak kabur tapi aku masih tak sedap hati..

Jadi, seminggu selepas kejadian yg mencemaskan itu saya pun pergi ke klinik berdekatan opis ditemani en hensem. Memang lama lah kalau dah kata gi Klinik Dr Dahlia. Memang ramai org yg menunggu giliran. Akhirnya setelah terkuap-kuap dan mata mula berair, nama saya dipanggil. Lepas prosedur amek urine test, Dr Ayu yg merawat saya itupun mengesahkan bahawa ..."tahniah, puan hamil 6 minggu." Saya dan suami berpandangan dan saling tersenyum. 








Bermula Di Sini.. KisahKurus #1

Assalamualaikum..

Saya teringat pesan seseorang yang amat saya kagumi, bondaku segalanya perlu bermula dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim.. 

First of all, saya nak story fasal kurus dulu. Moleh?? Haa.... mesti ramai yg sensitip kan klu cite bab kurus ni.. Korang ingat lagi tak post saya fasal cabaran yg kononnya tercabar sangat tu kn.. *Urmm...ko hengat dorang nak amek tau sgt ke cabaran ko tu haa?? Huhu, kalau ade yg nk cabaran ape, haa meh sini g kt post ni.

Haaa.....apa perasaan korang bila baca post tu? Terkejutkan? Yer....15 kg's lg time tu saya kena buang! Tapi uolls ingat iolls ni hot-hot chicken shit je ke nak turunkan berat haa?? huhu.. *pada yg tak paham ngan phrase tu sila translate sebijik2x dlm bm blk ye..kewkewkew....

Ouh, mmg silap besar la kalau uolls ingat macam tu sebab iolls nak cite ni iollss dah berjaya turunkan berat sebanyak 9kg's tau dalam masa 2 minggu time bulan puasa haritu. *ciwawaaaaa..vangga giler kau kan!!....

Huhu..bahagianya waktu tu..setiap 3 hari kot saya naik penimbang n main ukur-ukur pinggang. Sape tak bahagia beb, baju tshirt n suar jeans Romp yg saya start pakai sebelum kawen dah terasa longgar der! Sayapun terus diulit mimpi yg lena setiap kali malam menjelma.. 

Sehinggalah pada satu pagi yang hening. . . *jengjengjeng....macam telenovalis plak!huhuhu 

Ok, kita continue dalam next entry yer..baru la suspens sket! *Adoiyaiinyepunnn.... Aku taksuka antiklimaks laa...!!!

Rindu Yang Menggebu

Assalamualaikum..

Ok, tak tau nak mulakan dari mana. Tapi, sesungguhnya saya amat rindu utk bergoblog. Betul ni, SUMPAH tak tipu! Rindu sgt nak berwalk blog dan merepek di blog sendiri. Banyak sangat benda nak share. Well, as u see dah lam kan saya x posting benda baru. Last update masa bulan Ramadhan yg saya share resepi tu kan kan... *Huh!!bajet macam ade org baca entry kau je..but ade aku kesah??!! hahha..

Betul, saya dah rindu sangat dgn awk wahai blog..! Tapi macamana nak mulakan everything??? *Ok, takpe let's start n kite tgk je la mcmane jadinye story kau tu nanti..hehe bermonolog sendiri plak haku!

Resepi #5 Sotong Goreng Celup Tepung

Assalamualaikum.. Lepas upload gambar kt fb pg td, ramai kengkawan yg komen n pm minta resepi sotong goreng celup tepung ni, sorry ye mak bz sket pg ni bkn pe, bz beratur kt bank nak tukar duit raya baru. Ok, tanpa membuang masa, i tepekkan resepi tersebut kat sini yer..

*Jaga ayaq liuq jgn sampai meleleh naaa...hehe*


Bahan-bahan:

7 ekor sotong (size sederhana) - dipotong bulat-bulat
Tepung jagung
Telur 1 biji
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa
Serbuk kunyit secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
1 biji limau kasturi

Cara penyediaan:

Cuci sotong dengan asam jawa utk menghilangkan bau. Perap dgn perahan limau kasturi. Toskan.
Pecahkan telur didalam mangkuk, gaulkan sotong.
Tambah garam, serbuk lada hitam dan lada sulah. Untuk yg suka makan pedas, blh tambahkan sedikit sebuk cili/cili kering yg telah dimasak.
Pada mangkuk yg berasingan, gaulkan tepung jagung dan kunyit sekata.

Cara memasak:

Panaskan minyak dgn api sederhana.
Celupkan sotong dgn telur kedalam campuran tepung jagung dan kunyit sehingga tepung melekat.
Masukkan ke kuali.
Goreng sehingga kekuningan dgn cara "deep fry".
Angkat dan sedia untuk dihidang bersama sos plihan.

Tips:

1) waktu ingin menggoreng pastikan minyak betul-betul panas.
2) celup dan goreng sotong sedikit demi sedikit.
3) lebih enak dimakan waktu masih panas.

Selamat Mencuba!! (*___^)



Resepi #4 Ketam Cili Mix Telur Ala Bonda

Alhamdulillah.. harini masuk hari ke 6 kita berpuasa. Semoga kita terus diberi kekuatan utk menghadapi hari-hari seterusnya.. Pagini saya nak share resepi yg merupakan favourite suami saya.. *actually semua jenis masakan ketam favourite beliau* Resepi ni saya inspirasikan dari resepi asal air tgn bonda saya..

Ketam Cili Mix Telur Ala Bonda

Bahan-bahan:

3 ekor ketam betina saiz sederhana - disiang dan cuci bersih
2 biji telur ayam 
Sos cili
1 btg serai-dititik
Daun kucai/sup
Belahan limau nipis
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Serbuk kunyit 
Garam 

Bahan kisar:

200 gm cili kering 
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih 
1 cwn air masak

Cara memasak: 

Lumur ketam yg telah dicuci dgn serbuk kunyit dan garam secukupnya.
Panaskan minyak dgn api sederhana, goreng ketam secara "deep fry".
Setelah kekuningan dan agak garing, angkat ketam dan letakkan ke dalam pinggan.

Cara membuat sos / kuah bercili:

Panaskan 3 sudu minyak dalam kuali berasingan dengan api sederhana.
Tumis bahan kisar dan sos cili. 
Masukkan serai. Kacau lagi.
Masukkan garam dan kiub pati ayam secukup rasa.
Setelah diyakini masak, pecah telur dan masak lagi (masak macam kite wat sambal telur pecah) 
Setelah masak, tutup api. Curahkan sos/ kuah di atas ketam yang telah digoreng tadi.
Tabur daun sup/kucai utk hiasan. Saya tambahkan hiasan dgn belahan limau nipis.
Sedia untuk dimakan.


Tadaaa...nie la hasil air tangan saya...licin suami sy kejerkn..


















Resepi #3 Siakap Masak 3 Rasa

Bahan Utama :-

Ikan
- siang dan cuci bersih ikan menggunakan tepung dan asam jawa - untuk hilangkan bau hanyir ikan.
- Setelah dicuci bersih, lumur ikan dengan kunyit dan garam secukup rasa.

Bahan sos:-
A) 4-5 btg cili besar, 2 ulas bwg merah - di blend
B) nenas dalam tin, ptg nenas kecik2x, 3 biji tomato dipotong dadu.
C) 5 batang cili api/2 sudu besar cili kering (optional klu nk lg pedas kaww)
D) Sos tomato dan garam secukup rasa.

Cara memasak:

Panaskan kuali, masukkan minyak masak (ikut size ikan),
goreng ikan menggunakan api sederhana sehingga garing.
Angkat ikan dan hidang atas pinggan.

Untuk sos, masuk 3 sudu besar minyak masak, tumis bhn A&C sehingga masak.
Setelah diyakini masak, masukkan pula bhn B&D.

Siap dah! Time nk ngap tu baru la curah sos tu atas ikan siakap yg dalam pinggan tadi tu. Untuk hiasan, boleh taburkan daun sup/kucai mengikut kreativiti sendiri.

Tadaa....



This is mine! Baru je semalam masak untuk berbuka. Harini tak tau lagi nak masak menu special ape pulak..
Selamat Mencuba!! (^__^)

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!


Assalamualaikum wbt..

 Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan dan nikmat kesihatan oleh Nya untuk bertemu lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak. Moga kita terus diberikan kesihatan yang baik dalam menyempurnakan ibadah pada bulan ini. Marilah sama-sama kita raih pahala dan ganjaran yg besar seperti yg telah dijanjikan Allah. Kepada semua umat Islam di luar sana selamat menjalani ibadah puasa yer! Ingat, bulan puasa ni jgnla nak membazir sangat terutama bila membeli juadah berbuka puasa, biarlah bersederhana. Waktu berbuka pula makanlah dgn kadar secukupnya jangan makan sampai tak hengat, nanti Tarawikh pun kandas! Kuikuikui..